Apr 13, 2011

Segalanya tentang bayi

Saya nak kongsikan beberapa fakta tentang autisme dan kelahiran (boleh juga baca dari sini).

Tahukah anda?


Simptom Autisme tidak boleh dikesan sejak lahir. Biasanya ia mula dilihat sekitar umur bayi 18-24 bulan ke atas. Tidak respon pada panggilan nama, perkembangan bertutur yang lambat, tiada 'eye contact', respon yang luar biasa pada sesetengah bunyi, rasa (pada kulit dan lidah), bau, benda yang dilihat dan banyak lagi.Boleh baca sini.

Bagi ibubapa yang mempunyai anak Autisme, peratus risiko mendapat anak autisme dalam kelahiran seterusnya ialah 5%. Untuk info lanjut, boleh klik sini.

Ada pendapat yang mengaitkan masalah semasa mengandung, semasa dan selepas kelahiran sebagai kemungkinan berlakunya autisme. Contoh: pemakanan ibu mengandung yang kurang seimbang, ibu mengandung yang stres, paras hemoglobin darah ibu yang rendah (semasa mengandung), bayi hampir lemas di dalam kandungan, bayi lahir tidak cukup bulan, ibu hamil sekitar usia 35 tahun ke atas dan lain-lain masalah. Boleh baca lebih lagi di sini.

Bagi pasangan kembar seiras, peratus risiko untuk pasangan kembar mempunyai masalah autisme (jika salah seorang adalah individu autisme) ialah 63-98%. Bagi pasangan kembar BUKAN seiras, peratusnya lebih kecil, sekitar 0-10%.

Seterusnya, masa untuk saya ngomel. *hehe

Syukur, akhirnya adik saya selamat melahirkan. Anaknya, anak saya juga. Maka saya juga 'tempias' rasa sakit dan bimbangnya semasa mengandung dan bertarung di wad pembedahan. Sejak kecil sehinggalah dia kini seorang ibu, dia sentiasa berhubung dengan saya. Hubungan saya dengan adik-adik perempuan saya, memang SANGAT rapat. Orang kata, cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Itulah yang terjadi pada saya. Kadang-kadang, paha kiri dicubit, paha kanan yang 'bengkak' * hehe.

Saya masih ingat lagi pada kisah tragis yang berlaku pada cik keen (adik saya yang seorang lagi) suatu waktu dulu. Saya ni tak suka kucing sebenarnya, tapi bila adik-adik saya bersedih. Saya sama-sama sedih.
Over ke saya ni? Tak apa lah. Biar terlebih empati, jangan tak empati langsung, betul tak?

Berbalik kisah adik saya dan bayi barunya. Saya rasa cukup seronok. Dalam hati, bukan setakat ada taman. Saya rasa segala mak nenek kedai bunga, pameran bunga, taman bunga, pokok bunga (dan yang sewaktu dengannya) ada dalam hati saya semalam. Taman bunga rafflesia pulak tu. hehe

Cik meem ni, memang sentiasa
update saya tentang perkembangannya, sejak dari hari pertama dia disahkan hamil sehinggalah ke saat ini. Sambil saya menulis entri ini, sambil saya menatap MMS gambar anaknya yang baru saya terima. Sebelum dia melahirkan semalam sehinggalah malam tadi, saya yang tak keruan. Dah macam orang sewel tak siuman. Mujur la encik suami saya ni dah 'masak' dengan perangai saya. Tak habis-habis dia geleng kepala, senyum, sengih tengok saya yang macam cacing kepanasan.*hehe

Sekarang, saya rasa macam nak 'terbang' balik tengok anak buah saya ni. Tapi apakan daya. Tak ada kepak. Sayap pun tak ada.. maka duduklah saya diam-diam di sini...huhu. (p/s: saya baru saja balik KL seminggu lepas, bajet ketat, kena tunggu bulan mei insyAllah).

Kak dina: Mak, bila kita pulak nak ada baby?
Zarif: Adik nak baby boy.
Kak dina: Tak mau. Dina nak baby girl.
Saya: (diam)

Bukan pertama kali saya mendengar skrip ini. Saya mahu. Sangat mahu. Saya mahu kak Dina rasa betapa seronoknya mempunyai adik beradik perempuan. Kalau ditakdirkan mendapat seorang lagi anak lelaki pun, saya tak keberatan. Secara peribadi, 3 orang anak agak sedikit bilangannya bagi saya. Saya bukan nak ramai sangat. Saya cuma mahu 4 (kalau diizinkan Tuhan).

Jujurnya, saya 50-50. Hati kata mahu, akal kata tak pasti. Bagi ibubapa yang ada anak autisme macam saya, saya pasti anda faham situasi saya. Melahirkan adalah satu perkara. Membesarkan anak-anak ini dengan sempurna melibatkan 1001 cabaran.

Anak autisme nampak normal. Maka umum selalu beranggapan tanggungjawab ke atas anak-anak ini lebih kurang sama saja dengan anak-anak lain. Realitinya, kos untuk mereka adalah 3-4 kali ganda melebihi anak-anak bukan autisme. Berbelanja sekurang-kurangnya RM1000 sebulan untuk anak-anak autisme adalah perkara biasa. Yuran terapi (2-3 jenis terapi), yuran program intervensi, kos makanan tambahan/supplemen dan sebagainya, perlu diperuntukkan. Bukan setakat cukup makan, pakai saja.

Perhatian untuk anak-anak adalah satu isu lagi. Sekarang ini pun, tak cukup 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Untuk anak autisme (dan anak istimewa lain), ibubapa harus involved dalam setiap aspek kehidupan anak. Penat. Cukup penat. Kalau tak cukup kuat, boleh masuk hospital sakit jiwa. Senang saja kalau tak mahu penat. Tak usah ambil tahu. Cukupkan keperluan fizikal saja. Tapi, masa depan anak-anak autisme (dan bukan) harus difikirkan. Usaha yang dilakukan sekarang untuk memastikan mereka boleh berdikari bila sampai masanya nanti. Boleh mencari RM sendiri, mampu menguruskan diri sendiri, menjadi Muslim yang baik, menjadi ASET dan bukan liabiliti (insyAllah).

Orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ini bukan dalih-dalih saya. Saya juga tidak berani berkata 'ya' atau 'tidak' kepada persoalan samada saya ingin tambah anak lagi. Umur pun dah makin bertambah. Stamina berjaga malam dan gigih melayan anak kecil dah makin kurang. Bagaimanapun, semangat dan kehendak masih ADA. Cuma, saya dihimpit macam-macam kerisauan kalau saya teruskan ikut kata hati. Bukan risaukan statistik-statistik mengenai autisme (seperti di atas). Itu semua hanya teori manusia. Tuhan yang maha berkuasa menentukan.

Dipendekkan cerita, siapa yang tak happy menerima 'orang baru'? Kalau berpeluang sekali lagi, mampukah saya? wallahualam.

Sekian, semoga-semoga hari-hari kita terus positif, produktif dan inovatif! ;D

8 comments:

shogun_na said...

Tahniah buat cik meem...begitula keadaannya bila 'sahabat baik' kta sdg kesakitan dan tak keruan kalau tak ada bersama meraikan kegembiraan...Melaluinya disaat adik ida bersalin...excited cuma tak dpt membalas jasanya yg menunggu ina disaat kesakitan contraction di hospital(bergilir dgn encik suami)

Sama la...ina pun 50-50...dan 4 anak yg diidamkan sedari kecil....

Syahida said...

tu la kan ina...rasa nak menangis, nak peluk, nak cium, gembira, terharu..bercampur baur..tp dari kejauhan jelah..apa nak buat :(

ada rezeki tak kemana kan ina...tak sangka 'target' kita sama rupanya :)

ICAZIESYIRA said...

Saya faham betapa seronoknya perasaan berada di samping baby baru. Dan betapa meluap-luapnya perasaan nak baby bila nampak baby comel. hehe. saya juga rasa perasaan yg sama :D

Syahida said...

kan ica? iskisk...gerammmm ;D

Dila Si Mama Dzariff said...

dila...hmmm..malunya i..sebab rasanya dah kekok pegang baby kawan. macamla lama benar dah tak bersalin...huahua. Ops bagi adik kat dzariff....we'll wait and see later-later ye.

Syahida said...

dila...i pun dah kekok ok...siap sakit2 pinggang lagi tolong mandikan/pakaikan pampers anak buah baru ni..huhu.nmpk sangat da 'tua' jom, kita ops sama2 hehe

GoBabyMama said...

Seronoknya ada baby@anak..semoga Allah murahkan rezeki saya untuk dapat baby secepat mungkin..dah setahun lebih menunggu dan berusaha..

Syahida said...

insyAllah. kalau ada rezeki tak kemana, teruskan usaha. jgn lupa doa ye! gud luck...