Apr 9, 2011

Jalan-jalan bersama NASOM


Saya hampir-hampir tidak hadir untuk acara ini. Di saat akhir, saya buat keputusan. Saya tinggalkan sementara segala 'huru-hara' di JB. Bersama encik Nas dan anak-anak, kami gigihkan diri. Walaupun JB-KL hanya 3-4 jam saja kalau memandu tanpa henti, kudrat kami yang 30-an ini nampaknya makin menipis. Selepas berpuluh kali menguap di jalanan dan juga sesi berhenti rehat setiap sejam dua, kami sampai juga ke sana. Dapat juga hadir acara seumpama ini sekali lagi. Syukur.

Ada yang kata, acara sebegini buang masa. Secara peribadi, persepsi saya berbeza. Sekurang-kurangnya terpampang juga nama autisme di tengah-tengah bandar Kota Damansara, setidak-tidaknya masyarakat tahu bahawa sebenarnya ramai anak autisme 'wujud' di celah-celah anak-anak BUKAN autisme lain di Malaysia ni. Secara tidak langsung, masyarakat setempat boleh lihat bagaimana 'komuniti autisme' seperti kami juga hidup sebagaimana mereka, walaupun dihambat tekanan membesarkan anak-anak dengan sempurna. Yang lebih penting, kami dapat sesi riadah beramai-ramai yang paling menyeronokkan setahun sekali. Best!!

Sempat juga seorang pak guard bertanyakan saya, "Dik, AUTISM tu apa?" Dengan lancar dia menyebut perkataan autism. Kagum juga saya. Ada orang tak berani langsung nak menyebutnya, takut tersilap/tersasul dan sebagainya. Dengan ringkas saya menerangkan, sambil menunjukkan Abil yang sedang happy melompat dan berlari sana sini sebagai contoh. Kalaulah ada sekeping risalah di tangan saya ketika itu. Dah tentu senang tugas seorang duta kecil autisme macam saya ni...hehe. *Mungkin lepas ini, NASOM boleh ambil inisiatif menerbitkan risalah, sekurang-kurangnya untuk acara-acara sebegini.

Kebetulan, pada hari yang sama (2 April 2011), Majalah3 TV3 pun memaparkan kisah Autisme untuk slot 30-40 minitnya. Permulaan yang baik, walaupun paparannya (pada saya) masih belum cukup komprehensif. Apa pun, syabas buat TV3. Saya harap rating pada malam itu tinggi, supaya objektif mewujudkan kesedaran tentang Autisme tercapai sebagaimana yang diharapkan.

Ok. cukup-cukuplah saya menaip. Layan mata anda dengan beberapa pose menarik daripada saya, kawan-kawan dan keluarga.

Encik Nas yang sempat di-interbiu oleh Bernama TV.*entah keluar tv ke tidak, kami pun tak tau ;)

seperti biasa, adik saya (PokTeh Syafiq) menjadi hero penyelamat Abil..*hehe
setia mengejar Abil ke mana saja. *THANK YOU syafiq!


Katanya, jarak berjalan lebih kurang 3.5 km saja, tapi saya rasa macam dekat 5-6 km kami berjalan....memang kami antara kelompok yang akhir sampai. Nampak sangat 'pancit' haha..Tengoklah tu, Abil pun dah tak larat, tapi kami layankan juga suruh dia berjalan sendiri. Minta didukung, tapi mak ayah tak larat Abil oiiiii....

Adik zarif? berdukung hampir 90% perjalanan, oleh Syafiq sekali lagi. Besar pahala adik saya sorang ni....kak Dina? siap melecet walaupun berstokin..haha...dia juga terduduk 5 saat ketika garisan Finish hanya 5 meter di depan mata..*haha. Syabas anak-anakku! ;)

Penat berjalan, kami lepak-lepak di kaki lima The Curve, sambil perhatikan Abil yang tiba-tiba dapat stamina entah dari mana untuk lari sana sini lagi....fuhh! akhirnya dia jatuh dalam lopak air...kihkih! tengoklah muka budak comot tu bila kena gelak...hehe

Kali kedua saya bertemu anak ini secara live. Sedap dia menyanyi semasa acara pembukaan. Ada rezeki boleh jumpa lagi InsyAllah! ;)

T.A.M.A.T

17 comments:

maya amir said...

syabas betty:)) kuar tv tak? nak tengokkk...

Syahida said...

entahlah maya....terlupa lak nak tnya that lady yg wawancara tu ;p by the way, thx!

anakistimewa said...

LIKE!

Syahida said...

tahun depan kita JOIN ramai2 ye :)

Anonymous said...

bli paper the star hari ni? ada brita n tips menarik tentang autisme

ICAZIESYIRA said...

put hari tu kata nak pegi. ade jumpa dia?

Syahida said...

Ya betul,semalam sy dah baca dari star online. Terima kasih atas info :)

Syahida said...

ica, ye ker? tak perasan pulak...kalau terserempak, mmg boleh cam punya. tapi tak pulak nampak itu hari...

Azma said...

bagus acara cam ni kan.. start jalan dari mana ye? cam jauh gak 3.6km tu..

Saya terlupa lansung. Ingat Syida ada tulis kat entry ituari tp lgsung x ingat tarikhnya. Kebetulan plak ari tu tgh bertarung ngan kertas exam. hehe..

Anyway, tahniah buat Syida sekeluarga...

Syahida said...

yelah Azma, dekat ngan rumah awak kan? takpe..takpe...ntah2 ada terlalu depan rumah..haha..amacam exam? ada baik?

Puteri Nuur At-Terawis said...

put sepatutnya join ni tapi ada funeral kat KB in 1st april :'( next year kita jumpa ye kak :D

Syahida said...

insyAllah Put :)

Azma said...

iskkhh..kalau lalu dpn rmh saya tu mmg lebih 3.6 km tu..

exam..huisshhh..pandai saya menggoreng..sampai hangus jadinya..hehe...

ICAZIESYIRA said...

owh ye. lupalah put ade kematian. next year, mana tau dapat kumpul ramai2 kann. bestnya!

Farahliza Isa said...

saya x dapat join....sedih :(
mungkin tahun depan yer...insyaallah

Syahida said...

ica, kumpul..jgn x kumpul! harap2 ada lg nasom organise event ni nxt year ;)

Syahida said...

Farah, jgn sedih2...i know u r very supportive..kita join nxt year insyAllah ;)