May 16, 2011

Kisah si Nurhan

Muka mengantuk, belum mandi pagi dan baru sembuh dari siri demam panas 2 hari



Dalam hidup saya, ada dua Nurhan. Seorang, Nurhan Nabil. Yang seorang lagi, Nurhan Zarif. Apa erti NURHAN? Cahaya Raja.


Ok. Entri harijadi yang terlewat beberapa hari ini untuk memperingati betapa BERTUAHnya saya menjadi sebahagian daripada hidupnya.

He is such a blessing! Saya rasa, dia adalah antara kanak-kanak 5 tahun yang terkenit di dunia hehe. Memang 'darah' encik suami mengalir deras dalam tubuhnya haha. Tak apa. Janji sihat. Janji sempurna. Tiada cacat cela. Syukur.


Sebetulnya, bercerita tentang Nurhan Zarif tak cukup dengan satu entri. Tak cukup juga dengan sejam dua menaip di depan komputer. Terlalu banyak yang ingin saya katakan. Terlampau banyak yang ingin saya ceritakan. Lagi pun, saya ada seorang lagi hero dan heroin. Tak adil kalau fokus entri saya pada Zarif seorang. Nanti kak dina merajuk setahun hehe

Seorang adik yang setiap malam mendoakan abang dan kakaknya selepas mereka tidur. Dia tidur lewat. "Ya Allah, jadikan kakak/abang di kalangan yang sihat. Ya Allah, jadikanlah kakak/abang di kalangan yang rajin. Ya Allah, jadikanlah kakak/abang di kalangan yang pandai".

Berulang-ulang skrip ini dibacanya di hujung kepala abang dan kakak, sambil tangannya menyentuh ubun-ubun mereka. Tak pernah lupa. Tanpa jemu. Setiap malam juga saya memandang dia (ketika berdoa) dengan penuh rasa TERHARU.


Setiap malam juga (sebelum saya tidur), dia akan ingatkan saya "Mak dah solat ke?" Dah. "Bila mak solat? Adik tak nampak pun." Ya, dialah reminder alarm saya.

Setiap malam juga, jika saya terlena dulu sebelumnya, dialah yang akan 'on'kan bacaan ayat Quran di pc saya. Dia tahu, itu rutin kami setiap malam. Terapi untuk abang, biar abang tenang, biar abang patuh dan taat. Kami (yang turut 'mendengar' semasa tidur juga) tumpang mendapat tempias manfaat 'terapi' ini.

Seorang adik yang sangat teruja dan berbunga-bunga hatinya setiap kali dia berjaya bantu abang memakai seluar (selepas keluar tandas) dengan sempurna. "Mak, tadi adik tolong abang masukkan baju dalam seluar. Pandai kan adik?" memang pandai..

Pesanan saya juga setakat ini dia tak pernah lupa. "Dah besar nanti, adik kena jaga Mak, Ayah.." Lagi? soal saya. "Abang!" pendek jawapannya, tapi penuh makna.

Saya harap semua rutin dan skripnya sekarang tidak akan terhenti setakat ini. Saya harap dia akan terus membesar dengan baik.


"Ya Allah, jadikanlah Nurhan Zarif di kalangan yang Soleh."
Amin.


10 comments:

keen said...

AMIN :))

Edi said...

terharu baca... bertuahnyer dpt anak mcm zarif.. priceless...

Anonymous said...

+ Sheeda... sejuk perut ko ngandungkan Zarif kan.... Aku pon terharu membacanyer + Along +

Syahida said...

keen-> :)))
edi/Along-> mmg bertuah dpt nurhan zarif..harap2 tuah ni berpanjangan, dunia akhirat insyAllah...kalau dapat lagi 2-3 orang 'nurhan zarif' pun mak tak kisahhh..hehe

shogun_na said...

bertuahnya abg dan kakak zarif nie... Terharu lak membacanya...such a big boy, xpe bdn kecil tp jiwa mcm org dewasa... Bagus....

Sejuk peruk maknye... ;)

Mahani@mamahomeschool said...

terharu sgt baca entri ni.... bertuah syida ada anak sprt zarif.

Syahida said...

ina, kadang2 tgk saiz anak2 ni, mmg kita selalu underestimate anak2 kita..tp kadang2 mulut dorang ni, mmg cam orang tua, faham ke idak ntah apa yg dicakap tu..apa pun, sangka baik jelah kan..mudah2an zarif mmg 'sematang' yg disangkakan dan diharapkan :)

Syahida said...

mahani, Alhamdulillah...Tuhan tu maha adil. Kalau abil satu cabaran, kakak dan adik Zarif pulak, satu kemudahan insyAllah

Sevendays Fragrance said...

+ Hahahaha... Apa lagi Sheeda.. tambahler lagi 2-3 "Nurhan Zarif". Bleh jadik geng Maryam & Muhammad Solihin + Along +

Syahida said...

alahai long...geng 2011 da tak sempat lah...doa2 le misi 2012 tercapai ye..Amin