Jun 8, 2011

Jalan-jalan sana sini

Dah saya katakan, sekejap saja masa melayang.

Alhamdulillah, minggu lepas berjalan lancar. Kami dah pun kembali ke 'sarang' kami di selatan. Tiada lagi Maryam (anak buah saya), tiada lagi Jae (kucing adik saya yang selalu dipeluk-peluk dina dan Zarif), berakhir sudah sibling therapy saya.

ok. Saya kongsikan beberapa aksi Abil semasa kami jalan-jalan di MV minggu lepas.

Begini ceritanya, adik saya berhajat ke Pet World Malaysia 2011 di MV. Bosan duduk di rumah. Maka, keluarlah kami berlima ke MV. Sampai di sana, kami berpecah, adik Zarif dan kak Dina ikut Mak Uda keen, tengok-tengok haiwan. Saya dan Abil, jalan-jalan window shopping berdua.


Outing berdua dengan Abil ialah sesuatu yang agak mustahil. Tapi, itu DULU. Sekarang tidak lagi. Saya sudah rasa lebih confident untuk berjalan dengannya (tanpa encik suami) sejak setahun dua kebelakangan ini.

Kenapa? Kalau dulu, hipernya ya Tuhan. Sekarang, boleh dengar arahan, mood dan emosi bertambah baik. Lokasi pertama yang kami 'terjah' semasa di MV, Toys R us. Saya suka bawa dia ke sini. Tanpa adik Zarif dan kak Dina, semuanya jadi lebih aman..hehe. Saya biarkan Abil melangkah sendiri sambil saya mengikut dan melihat dari belakang. Sesekali saya panggil dia untuk terus melihat permainan-permainan lain sebab dia memang hanya akan berminat pada objek yang boleh dipusing-pusingkan (macam gambar di atas). Berjam-jam dia boleh 'layan' buat aktiviti pusing-pusing tu. Jadi, sebelum dia leka dan 'tenggelam' dalam dunianya, saya tarik dia untuk terus cuci mata ke kawasan lain dalam Toys R Us.

Selepas objek berpusing, Abil suka apa saja yang berkaitan dengan AIR. Mini pool, swimming mask, goggles, floaties, semua dia SUKA. Lama juga dia berlegar-legar di kawasan ni. Sambil melihat-lihat, sambil saya tanya soalan-soalan mudah. Ada yang dia jawab, ada juga yang dia 'ulang' semula soalan pada saya (echolalia). Ada yang saya terangkan, ada yang dia sebut sendiri dengan sepatah dua perkataan. Sambil window shopping, sambil ber-speech therapy.


Kemudian, Abil test-drive kereta-kereta mainan ini. Tengoklah tu, dah tak muat nak masuk dalam kereta mini tu. Drive setempat je, semua kereta kena 'ikat'. Sebenarnya, Abil sukakan stereng tu. Ingat, objek berpusing. Maka dipusing-pusingkan stereng-stereng kereta itu sepuas hati.

Selesai di Toys R Us, kami berjalan-jalan lagi. Kali ini, Abil tertarik dengan kedai muzik Yamaha. Tengoklah tu, terpegun dia melihat piano-piano di situ. Masih ingat dengan entri ini? Ya, kebelakangan ini dia berminat dengan piano. Kami tengok dari luar kedai saja.

Kami teruskan berjalan. Kali ini, Abil tertarik dengan Fish Spa. Ada banyak spa di MV. Yang sempat saya kira, di satu level saja, ada hampir 5-6 buah spa. Kebetulan spa yang satu ni, boleh dilihat dari depan kedai. Segan juga saya bila Abil duduk mencangkung sambil memerhatikan seorang perempuan ber-spa ikan di situ. Cukup 5 minit, saya ajak Abil beredar.

Ok, kali ni ke tempat favourite saya pulak ya. Studio R. Saya cukup suka ke sini. Tiada aktiviti membeli kali ini. Hanya cuci mata. Sampai masanya nanti, baru kita cuci poket pula..hehe.

Saya berkenan yang ini. Puma. Cantik.


Fuhh...Abil dah penat.
Terduduk sambil menunggu kak Dina, adik Zarif dan Mokde selesai di Pet Fair.
Bersambung.



No comments: