Sep 22, 2011

Bila Abil ke dentist

Masih ingatkah lagi dengan entri ini? Ya, cerita tentang lawatan Abil ke dentist kali ke-4 dan paling berhasil. Semalam, Abil ke dentist lagi. Bukan untuk rawatan giginya, tapi untuk sesi 'orientasi' ke dentist bersama adik Zarif dan saya. Ya, kami ke klinik gigi yang sama, Klinik gigi Aspalela. Kebetulan Abil serasi dengan Dr. Aspalela. Lalu saya ambil keputusan untuk ke sini sekali lagi.

Kali terakhir Abil ke sini, gigi tunggulnya dicabut. Tapi, dia sebenarnya masih 'takut-takut' untuk bekerjasama dengan doktor dan masih keberatan untuk duduk diam secara sukarela untuk diperiksa giginya. Saya fikir, jalan terbaik ialah 'membiasakan' Abil ke dentist ialah membawanya setiap kali kakak, adik Zarif atau saya sendiri membuat rawatan gigi.

Kalau Abil masih dalam fasa 'suaikenal' dengan dentist, adik Zarif pula sudah masuk fasa 'buat macam klinik gigi sendiri'.hehehe...

Bila nama saya dan Zarif dipanggil, Zarif dengan penuh bersemangat masuk dan terus duduk di kerusi pesakit, tanpa disuruh. Beberapa hari sebelum ke doktor, saya sempat memberitahunya, giginya yang berlubang dan sering sakit kebelakangan ini, mungkin akan dicabut doktor. Kalau perlu dicabut, mungkin perlu dibius. Saya sebut 'inject'. Dia mula takut, tapi masih bersemangat ke doktor. Saya berpesan lagi, sakit injection sekejap saja. Kalau tak dicabut, gigi yang berlubang itu akan sakit selama-lamanya. Dia diam. Nampak risau tapi masih bersemangat. hehe..

Di dalam bilik rawatan, sementara gigi Zarif dikerjakan diperiksa oleh Dr.Aspalela, saya dan Abil duduk berdekatan. Abil duduk DIAM sepanjang Zarif menerima rawatan. Tak ada drama panjat sana sini, lari sana sini, mahupun menjerit/ketawa/menyanyi sesuka hati. Sesekali dia toleh kiri dan kanan bila saya bercakap-cakap dengannya. Dengan nada separuh berbisik, saya brainwash beritahu Abil, "Dr.Aspalela baik. Dia tengok gigi adik. Dia cuci gigi adik. Dia nak cabut gigi adik. Tak sakit pun. Doktor buat baik-baik, perlahan-lahan. Lepas ni kalau Abil check gigi, Abil pun good boy macam Zarif."


Dua tiga kali saya ulang-ulang skrip yang sama. Sesekali saya terangkan apa yang doktor sedang buat. Semuanya ayat-ayat positif belaka supaya Abil senang ke dentist bila tiba gilirannya nanti. Sepanjang lebih kurang 20-25 minit duduk di kerusi menunggu, Abil sangat berhemah. Saya sedikit hairan tapi lega. Harap-harap sesi brainwash dan misi orientasi ke dentist berkesan.hehehe

Adik Zarif bagaimana? Mr. cool ini tak payah diceritakan panjang lebar. Saya rasa kalau Dr.Aspalela ada award untuk pesakit kanak-kanak terbaik, dialah champion-nya.haha Minggu depan giliran kak Dina pula ke dentist.



Nak tengok gambar? Jom!

Abil yang tekun melihat..

Gigi rosak? Tak ada lagi...


Jom balik :)


6 comments:

shogun_na said...

Last Tuesday, Ina ke klinik pakar bedah mulut di HTAA...Masa register, Ammar pegang erat tgn ina. Masa di panggil utk amik no, dia dah start rasa takut dan mula merengek, Ina kata,amik nombor aje... Then dia kool smula smbil memerhati gambar2 disekeliling...Puas brainwash bgtau, tujuan ke sana adlh utk jupe kawan mama... Dlm bilik paed utk gigi, Ammar mengelak utk masuk, setelah Dr approach dgn mainan, dia agak ok tp berpada2...seme berjalan dgn lancar cuma next visit, at least Ammar dah berani duduk ats kerusi itu...Dia amat fobia dgn kerusi itu....Next visit, 3 nov...uwa...lambat nye.... By the way, nama dia dh dimasukkan dlm waiting list utk GA....Bila? Xtau la bila...

Syahida said...

list GA? kalau dpt next year pun da kira syukur. mmg PAYAH bila anak TAKUT ke dentist. time dia tgh ralit2 nak tido pun sesuai juga untuk di-brainwash ina..apa pun, dont give up! jgn jemu berdoa, ok?

ibuhebat said...

akak,

Farihin (along) pun, alhamdulillah ok bila bwk gi dentist. risau gak kalo dia takut.. actually, firt visit tu yg paling penting.. kalau ok, saya rasa insyaAllah lepas2 tu pun ok.. kalau tak ok, payah sikit la lepas tu.. huhu..

Gigi farihin aritu pun lubang, doktor tak cabut.. tapi dia wat root canal! ha.. ingat org tua je ke wat root canal? tapi cara dia lain skit sebab struktur gigi bebudak lain doktor kata.. kejap je dah siap. kalo org tua 2-3 visit baru selesai kan...

Syahida said...

yati, betul tu..first visit pun PALING penting. tapi kadang2 utk sesetengah budak (mcm Abil), first visit pun dorang da takut sebab dorang x tahu/berapa nak faham apa sbnrnya yang doktor nak buat.

biasala budak2 lain karenahnya. kalau dpt yg suka/takde masalah ke dentist mmg syukur Alhamdulillah. kalau yg liat tu, kena la jugak pujuk pelan2. insyAllah lama2 oklah tu :)

ibunurin said...

Saya pun teringin nak bawak Nurin hana pergi jumpa dentist. Bagi dia biasa dengan dentist sejak kecik lagi. Kalau umur 4 tahun tu, ok ke untuk bawak?

Norsyahidah said...

salam ibuNurin, rasanya umur 4 tahun tu dah ok. anak2 saya pun mula ke dentist ms umur 4 tahun ke atas. gud luck!