Oct 9, 2011

Di suatu pagi

Rutin di setiap pagi (hari bekerja), Abil dan Dina bersiap-siap ke sekolah.

Sejak akhir-akhir ni, saya nampak 'tanda-tanda' yang sangat positif. Cuba untuk kejut kakak bangun tidur, menunggu kakak untuk bersarapan bersama dan menunggu kakak di muka pintu sebelum keluar rumah dan masuk ke dalam kereta. Tanpa suara. Abil akan diam berdiri sehinggalah kakak bergerak keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. Abil juga akan menjengulkan mukanya melihat kakak sehinggalah kakak bergerak keluar dan masuk ke dalam kereta bersama-sama. Sekarang, bila kejut kakak, sudah ada dialog. Ringkas dan tonanya penuh 'skema'. "Kakak bangun! Kakak bangun!" sambil menggoyang-goyangkan tangan kakak.


Perkembangan ini mungkin nampak sangat remeh. Ia berlaku secara automatik. Semulajadi. Spontan. Untuk Abil, ia satu fenomena 'luar biasa'. Dia tak pernah ambil peduli apa yang kakak belum, sedang atau akan lakukan setiap pagi sehinggalah beberapa hari dan minggu kebelakangan ini. Kak Dina sendiri kadang-kadang 'terkejut' dan gembira dengan perhatian Abil.


Adegan bersarapan
BUKAN di meja makan, tapi di meja kelas tuisyen hehe
Berbualkah? BELUM lagi. Senyum-senyum. Ketawa.
Tapi hanya perbualan 'sehala', samada dari kakak atau saya.
Walaupun tanpa eye contact,
kami tahu Abil sentiasa 'menyerap'.

Lepas bersarapan, sesi pakai stokin dan kasut.
Sebelum ni, mesti mahu saya yang pakaikan segala.
Puas dipujuk. Tak makan saman.
Sejak minggu lepas, saya 'umpan' dengan coklat M&Ms.
Dengan penuh sukarela Abil buat sendiri. sabo jelah Hadiahnya, 2 biji coklat. Cukup.
Tak boleh lebih-lebih.
Biar coklat kekal sebagai luxury item untuk Abil.
Barulah berkesan sebagai 'umpan' hehe.


Bila Abil tak memerlukan 'umpan' lagi,
barulah saya anggap dia BERJAYA. kita tunggu dan lihat ye!

Don’t underestimate persons with autism, try to understand.
~Joell
http://lastcrazyhorn.wordpress.com


2 comments:

shogun_na said...

seronoknye bila tahu perkembangan yg bagi setengah org tak perasan pun tp utk anak2 yg istimewa seperti abil amatlah positif walaupun tnpa suara... Kalau Ina pasti amat menghargai setiap lakunya itu....pasti bersyukur pd Yang Esa..

Syahida said...

betul tu ina. bila ada anak yang sedikit 'berbeza'drpd anak2 lain , kita akan appreciate setiap perkembangan,yang besar mahupun yang kecil..

Alhamdulillah, more to come insyAllah!