Oct 10, 2011

Jom berkenalan!


dari google.
Autisme dan nama-nama lain yang berkaitan.


Berkenalan? Bukan dengan saya. Dengan AUTISME.

Kenapa dengan Autisme? Pentingkah? Perlukah? Wajibkah?



Kalau tanya saya, YA. Simptom-simptom Autisme semakin kerap dilihat di kalangan anak-anak kecil. Kalau anda TAK tahu, TAK kenal, TAK ada ilmu tentang Autisme, masa depan anak-anak ini dikhuatiri boleh terjejas.It takes a village to raise a child. Tak kirala siapa pun anda. Seorang guru, ibu, suri rumah, pekerja kerajaan, pekerja swasta, usahawan, kerani, posmen, pelajar, artis ataupun selebriti, semuanya memainkan peranan sebagai ahli komuniti. Siapa tahu, kalau-kalau anak jiran anda, anak murid anda, anak saudara anda, adik anda atau zuriat anda sendiri menunjukkan simptom-simptom Autisme. Anda tak perlu panik. Tak perlu gelabah. Tak perlu resah. Betul, ia satu UJIAN. Tak ada manusia yang bebas 'diuji' selagi hidup di muka bumi. Maka anggaplah ia sebahagian daripada kehidupan. Yang penting, kita mesti berani menghadapi ujian itu. Kita mesti usahakan supaya LULUS ujian itu dengan CEMERLANG insyaAllah.

Mode hari Isnin. Mencari semangat yang hilang hehe.




Autisme. Satu spektrum.
Ada mild (minima). Ada severe (kronik).
Mild = High Functioning.
Severe = Low Functioning.
Spektrum sederhana, yang berada di antara keduanya.


Tahap IQ yang tinggi = Savant = Luar biasa
Tahap IQ yang rendah = Perkembangan terbantut/perlahan.
IQ sederhana, yang berada di antara keduanya.


Ya, Autisme yang sangat variasi.
Pelbagai. Berbeza-beza.

Ada yang hiperaktif. Ada yang tidak aktif langsung.
Ada yang verbal (boleh bercakap).
Ada yang non-verbal (tidak bisu, tapi tidak boleh bercakap).

Ada yang pandai melukis. Ada yang pandai muzik.
Ada yang pandai memasak.

Ada yang mempunyai bermasalah sensori yang serius.
Ada yang tidak.


Secara amnya, ada beberapa ciri-ciri klasik yang 'serupa' di kalangan semua individu Autisme.
Sukakan objek berpusing. Sukakan rutin.
Sukakan aktiviti yang berulang-ulang.

Suka mengatur objek.
Ada minat dan kecenderungan luar biasa pada sesuatu.

Tidak tahu bersosial. Tidak pandai berkomunikasi.
Tiada atau minima eye contact.
Perkembangan bercakap yang agak lewat. Speech Delay.
Rupa paras fizikal yang normal.



Autisme BUKAN penyakit. Ia masalah neurologi (sistem saraf).
Sistem saraf tubuh dan otak. Dikesan melalui tingkahlaku (behaviour) yang berbeza dan 'janggal'. Boleh dilihat sekitar umur 24-36 bulan. Lebih cepat dikesan, lebih baik.


Apa pun spektrum, keadaan, ciri-ciri dan simptom autisme, INTERVENSI AWAL boleh membantu. Diagnosis doktor hanyalah satu label.


Soalan Cepu Emas
Spektrum Abil

Terima kasih atas perhatian anda :)


6 comments:

Edi said...

i like this post. simple and senang utk yg tak tau psl autism ni faham. actually ramai lg yg tak faham.. yg masih ignore pun ade.. yg kesian budak tu lah.. sbb budak tu yg jadi mangsa kalau ibubapa x peka. kalau sapa2 ty psl autism ni i akan rekomen blog u nie, byk info and paling bess, first hand experience!

thks for sharing ♥

Syahida said...

edi, sharing is caring :)

semua orang kena TAHU psl autism. kalau tak, like u said lah, anak2 tu yg jd mangsa. orang salah faham, orang tak faham, kna marah, kna pukul, kna buli, tak diberi peluang, tak dapat belajar dengan baik. emosi tertekan...SEMUA terjejas. imagine that...

Autism is NOT a tragedy, IGNORANCE is! :)

ICAZIESYIRA said...

ayesha belum cakap. Mudah-mudahan dia akan bercakap. aminn

Syahida said...

ica,masih ada masa & peluang untuk diusahakan. selebihnya, kita tawakal ye! gud luck ayesha & mama.

Marina Ariff said...

Kan akak dah kata......awak punya explaination mmg mudah difahami....kelebihan allah Taala beri pada syida dalam menyusun ayat dan menterjemah dgn baik.....syabas...keep up the good work...

Syahida said...

thx k.marina, more to come insyAllah :)