Nov 1, 2011

Jom membaca!

dari google


Masih ingat lagi entri saya tentang sensori?

Ok. saya teruskan 'penerokaan' saya tentang sensori dengan buku ini, Out-of-Sync.

Penulisnya, Carol Stock Kranowitz.

Secara peribadi, saya rasa buku ini mudah difahami. Gaya bahasa dan istilah-istilah yang digunakan sangat reader-friendly. Oleh kerana saya sangat berminat nak tahu tentang sensori, maka saya agak susah mengantuk bila membaca buku ini.

Kawan-kawan,

Jom membaca! Kalau anda seorang ibubapa, penjaga, guru atau terapis anak-anak istimewa, buku ini sangat sesuai untuk anda. Tambah pengetahuan, upgrade ilmu anda, sekaligus dapat membantu anda lebih faham tentang anak istimewa anda.

Anak anda yang suka menggesel-geselkan badannya pada permukaan atau bucu-bucu tertentu?

Anak anda tidak boleh duduk diam dan mempunyai daya fokus yang sangat singkat?

Anda 'pelik' melihat anak anda yang suka mengunyah objek(selain makanan)?

Anda tak faham kenapa anak anda hanya mahu memakai pakaian tertentu dan sukar mencuba baju baru?

Anak anda terlalu 'pembersih' dan seringkali tidak tahan dengan kotoran pada anggota badan atau pakaiannya (walaupun sangat sedikit)?

...atau mungkin anda geram dengan karenah anak anda yang sering 'mengamuk' apabila mendengar sesetengah bunyi atau berada dalam persekitaran yang bising dan haru-biru?

Carilah jawapannya di dalam buku ini.

Ulasan saya tentang buku ini juga boleh dibaca di sini.

Kalau anda tiada kaitan dengan anak istimewa sekalipun, di alu-alukan membaca buku ini. Tak rugi sesen pun..hehe. Lagipun, masalah sensori juga berlaku di kalangan mereka yang 'normal'.

Ibubapa anak autisme kena rajin membaca tau! Tambah ilmu di dada. Tahu lebih banyak perkara. Hasilnya, anda akan melihat anak anda daripada perspektif yang berbeza.

Salam hari Selasa!

2 comments:

shogun_na said...

Hmmm...elok dimiliki buku ini... Ammar ada habit suka gigit/masukkan dlm mulut...eee...tak suka... Dan mama nye, kalau baju anak kotor sedikit, pasti tak tahan...nak tukar...even baju ina pun kalau terkena lauk...stress sgt...Wajib beli nie... ;)

Syahida said...

hehe tanda2 masalah sensori tu..eceh! try la carik kat MPH. kalau takde, try order. tak pun beli online..