Feb 2, 2012

Abil Oh! Abil (episod 2)

Nampaknya hari ini lebih baik daripada semalam. Saya tahu, sekarang masih awal pagi. Masih ada lebih daripada 18 jam untuk menghabiskan tempoh hari ini. Tapi dengan permulaan dan keadaan Abil yang agak baik subuh tadi, saya mahu cuba untuk kekal positif.
Tantrum. Ada yang masih kurang jelas. Ada yang masih tak tahu dan faham. What's the big deal? 


Tantrum ni dalam bahasa kita ialah 'mengamuk' atau menangis secara ekstrem. Sebenarnya, bila individu autisme tantrum, ada SEBAB di sebalik drama buat perangai tu. Cuma, masalah utama bagi mereka ialah berkomunikasi. Untuk anak-anak yang verbal sekalipun, cukup SUSAH untuk mereka memberitahu ketidakselesaan dan kekusutan mereka. Yang kurang verbal atau tidak verbal langsung, masalah ini lebih ketara. Jadi, di mata kita, seolah-olah mereka ini 'marah' tanpa sebab. Sedangkan ini tidak betul.

Dalam apa juga situasi tantrum, saya sangat kasihan pada anak autisme yang terlibat. Bila anak saya sendiri dalam situasi yang serupa, simpati saya mencanak-canak, kadang-kadang sama naik dengan rasa marah dan geram. Bayangkanlah, anda sebagai ibu tak dapat nak bantu anak anda mengawal kemarahannya dan bertenang. Kalaulah saya tahu punca dan masalahnya, mudah untuk saya membantunya. Sudahlah tu, bak kata kawan saya, stres ni sangat senang berjangkit. Bila salah seorang 'kusut', kesannya boleh merebak kepada semua orang di dalam rumah. Buat masa ini, keadaan famili saya agak terkawal kecuali saya.

Kesimpulannya, bila anak autisme tantrum, cepat saja kita nak salah faham dan buruk sangka. Jangan begitu ye, tuan-tuan dan puan-puan. Saya juga sedang ingatkan diri sendiri ni.


Abil is NOT a difficult child. Saya sangat pasti tentang ini. Ada orang pernah kata pada saya, Abil ni macam bom jangka. Kalau Abil bom jangka, saya pula bom tak boleh jangka. haha Ingat, autisme dan bukan, 2x5!

Ok. Ini gambar yang langsung tak ada kena mengena dengan entri tapi masih relevan dengan Abil. Anda lihat kasut sekolah (warna putih itu)? Itu kasut Abil. Yang merah hitam itu pula, kasut Zarif. Nampak kan perbezaan susun letak kasut-kasut itu? Ya, Abil memang sangat sistematik. Sekali diajar, sampai bila-bila dia ingat dan KEKAL dengan cara yang sama. Susun beg, susun kasut, susun buku, susun mainan. Semuanya serba kemas dan cantik.

Moralnya, mereka ni boleh dilatih dan diajar dengan baik. Tentang tantrum pula, saya yakin ia boleh dikawal. Biasalah, kita yang dah dewasa ni pun, sebenarnya selalu juga tantrum, cuma kita mungkin lebih tahu cara mengawal dan melepaskan tantrum dengan lebih baik.

Oh ya, satu lagi tips, bila stres, makanlah pisang. Bagus untuk meredakan tekanan dan bantu tubuh untuk lebih relaks. Semalam, memang saya bagi Abil makan pisang 2-3 biji. hehe




Sebelum saya lupa, orang selalu kata, DOA itu senjata. Betul, memang tak tipu. Bila anda berdoa dengan yakin dan penuh percaya, Tuhan akan mendengar dan memberi bila sampai masanya. Makbulkah doa saya? Saya tak tahu. Hari ni ok. Esok lusa belum tentu lagi. Yang pasti, saya akan terus berdoa..dan berdoa..dan berdoa...Jom!


Salam hari Khamis.
Esok dah Jumaat. Alhamdulillah


2 comments:

shogun_na said...

iye...mak ngah akan terus berdoa semoga abil menjadi insan yang hebat dan pintar. :)

Tapi doa si ibu lagi power. ;)

Syahida said...

Amin ya Rabb :)