Feb 5, 2012

Bila Abil ke dentist (episod 3)

Sebenarnya Abil sudah banyak kali ke dentist. Kali terakhir, dia dibius (pengsan) untuk menerima rawatan. Sampai ke hari ini, Abil masih fobia.Masih boleh diajak ke dentist, walaupun setiap kali perkataan 'dentist' disebut padanya, dia akan berkata "Stop!". Berulang-ulang kali. Memang jelas dia takut.


Bagaimanapun, saya tak akan give up. Untuk jangkamasa panjang, susah juga kalau dia perlu dibius untuk rawatan giginya. Selain faktor kos yang tinggi (hospital swasta) serta faktor menunggu yang terlalu lama (hospital kerajaan), Abil perlu juga belajar jadi berani. Mencegah lebih baik daripada merawat. Saya tengok banyak kes orang dewasa yang takut ke doktor. Sanggup menahan sakit gigi (yang kadangkala sudah kronik dan terlalu sakit) daripada ke doktor. Iskisk..mudah-mudahan anak-anak saya nanti tak macam tu. Menyusahkan diri sendiri.

Berbalik kisah Abil. Untuk menghilangkan fobianya (secara perlahan-lahan), saya tak pernah miss membawanya setiap kali kak Dina, Zarif dan saya sendiri ada temujanji dengan doktor gigi. Semalam, kami pergi lagi.


Diajak masuk ke dalam bilik rawatan, dia ok. Tekun dan diam melihat semuanya. Daripada pengalaman sebelum ini ,saya tengok Abil cukup takut setiap kali terpandang doktor memegang peralatannya. Bila dia disuruh buka mulut, takutnya menjadi-jadi. Saya agak, masalah sensori mulut dan lidahnya yang terlalu sensitif mungkin menjadi sebab. Memang dia bermasalah untuk diberuskan gigi semasa kecil. Sekarang, masalah itu dah tak ada. Tapi, bila memberus gigi, dia sentiasa rushing dan mahu cepat-cepat habis. Mungkin 'rasa' memberus gigi itu agak keterlaluan baginya.

Ok. Dipendekkan cerita, jom tengok visual.



Giliran kakak.

Giliran adik.

Sekadar jadi penonton. Masih boleh rileks lagi.


Selepas ke dentist, kami pekena aiskrim satu round. Kemudian, di sebelah petang, sesi memanjat, berlari dan melompat di padang.



Hari Sabtu yang produktif.
Hari ini hari Ahad.
Salam Maulidur Rasul!


2 comments:

Pak Yoep said...

Faqihah fobia ke hospital..

Syahida said...

pakYeop, setakat ke hosp/ke klinik, abil tak ada masalah. tapi bila doktor suda depan mata, mula nak periksa sana sini, siap la dia mula cuak...hadoii