Feb 16, 2012

Bila Air dicincang




Ini anak-anak saya. Nabil(abil), Dina dan Zarif. Di antara mereka bertiga, Abil sedikit 'berbeza' dan istimewa. Tapi setakat ini, saya lihat tak ada masalah untuk mereka. Empati dan perhatian kak Dina pada Abil memang tak perlu dipertikaikan lagi. Zarif dan Abil? Disebabkan Zarif lebih muda, awareness -nya tentang autisme sedikit lambat berbanding kak Dina. Soalan apakah? dan kenapakah? memang selalu ditanya, lebih-lebih lagi bila dia selalu diperlukan untuk mengalah. Apa pun, Abil hanya 'dilebihkan' dari segi perhatian. Kasih sayang saya dan suami untuk mereka bertiga tetap sama.

Mempunyai anak autisme dan juga anak-anak lain banyak cabarannya. Tapi banyak juga hikmahnya. Saya paling suka bila kak Dina dan Zarif jadi 'assistant' saya. Maklum sajalah, saya ni kadang-kadang terjangkit virus M. Selalu juga kelam kabut dan terkejar sana sini.

Sekarang, saya dalam proses mengajar Abil mengurus diri (secara berdikari) sepenuhnya. Kalau boleh, saya mahu dia mandi, bersiap, makan dan segala-galanya sendiri, 100% buat sendiri. Nak melatihnya memang letih. Tapi bukan mustahil. Ambil masa sikitlah. Biar lambat, janji pandai.

Bila ada adik beradik, tanggungjawab ini saya kongsi bersama mereka. Menariknya, Zarif pun sudah boleh diharap (walaupun dia 3 tahun lebih muda daripada Abil). Kalau outing tanpa encik suami, di saat tandas perempuan penuh dan Abil mahu ke tandas, adik Zarif la yang jadi tukang teman dan membawa abang ke tandas lelaki. Baru-baru ini, saya minta Zarif ajak abangnya memberus gigi sebelum tidur bersama-sama. Saya mahu ia jadi rutin dan saya mahu mereka buat sendiri tanpa bantuan saya.

Saya: Adik dengan abang dah berus gigi ke belum?
Zarif: Dah..
Saya: Betul ke ni?
Dina: Betul ma..Tadi masa ma tusyen, Dina nampak dua-dua orang dalam bilik air, gosok gigi..
Saya: Oh ye ke? Hmm bagus..bagus..Alhamdulillah!

Tugasan memberus gigi nampak kecil. Tapi saya anggap ini kejayaan besar. Sudah 3-4 hari mereka memberus gigi bersama tanpa saya suruh dan berada di tepi. Saya tahu Abil pandai meniru. Jadi, kakak dan adik adalah 'alat bantu mengajar' yang berkesan.

Hari ini, mereka memberus gigi bersama-sama. Suatu hari nanti, mungkin mereka melangkah ke universiti bersama. Paling tidak pun, saya tak perlu risau lagi. Abil sudah ada dua orang bff. Kalau boleh, saya mahu tambah seorang lagi. Amin! hehe


Gambar berus gigi sama-sama tak ada.Saya kongsikan gambar mereka berdua di taman permainan.





Autism and Family Relationships

Salam hari Khamis.

Jumpa lagi!


4 comments:

shogun_na said...

happy for you... ;)

Syahida said...

mekasih ina...harap2 dorang ber3 ni serasi bersama forever & ever hehe

smsaroni said...

adik beradik memainkan peranan penting utk anak istimewa kita....merekalah yang boleh menarik Abil dr dunianya tersendiri...lagi ramai lagi bagus...

Norsyahidah said...

en samsul, lagi ramai memang lg bagus..tapi tak larat la pulak..haha