Feb 20, 2012

Hanya RM1

Hanya RM1 untuk 3 minit. Sesi urutan bersama Abil dan Zarif. O ok, sebab kami buat dua sesi, jumlah RM2. Sebetulnya, saya jarang nak bagi peluang anak-anak saya berurut dengan mesin ini. Biasanya, saya hanya benarkan mereka duduk-duduk saja. Ya lah, masing-masing tak cukup tinggi untuk diurut setiap bahagian badan (daripada kepada sampai ke kaki). Rugilah, betul tak?

Tadi, saya bagi peluang pada hero berdua ni. Dengan syarat, dua-dua kena duduk kerusi yang sama. Seorang di belakang, seorang lagi di depan. Hah, barulah berbaloi. Semua urutan boleh dirasa. Cuma, masing-masing kena urut pada bahagian badan yang berbeza la kan..

Mereka senyum, mereka ketawa, mereka gelak menahan geli. Sesekali mereka menggeletis macam ulat bulu. haha Tak percaya, tengoklah sendiri!


Hah, selesai pun sesi RM2. Saya snap gambar-gambar ni sambil gelak sorang-sorang. Saya sendiri pernah cuba kerusi urut ni. Memang 'terasa' urutannya. Tapi sekali tu sajalah saya mencuba sebab saya segan. hehe

Habis RM2, Zarif nak RM5 pulak. "Ma, kalau RM5 boleh urut 15 minit.." dia baca pada kertas harga di kerusi. "Aduh, cukuplah tu...bankrap mak nanti." hahahaha


Children & Massage
Massage for Children with Autism

Esok hari Selasa, Senyum-senyumlah sentiasa!

Sekian.


4 comments:

smsaroni said...

tergeliat sana sini dibuatnya....kalau org perempuan memang malu dibuatnya kalau depan khalayak ramai...mmg nak tergelak pun ada...

Syahida said...

en samsul, tau takpe..kalu org pompuan, kna beli seketul lah..buat sesi urut secara privasi kt rumah..masalahnya tak mampu nak beli seketul haha

shogun_na said...

Dulu, lama dah geram....last2 tahun lepas ina cuba skjap. Normally, port Ina kat KLIA, kat dinding yg berdekatan dgn mcD...kat tepi tue ada satu restoran sblh mcD dan ada 3 kerusi urut. Ina akan melihat gelagat org duduk di kerusi sambil bercrossstitch, bila cukup masa (dah berani) Ina pun akan masukkan sepuluh ringgit dan enjoy setelah penat bercrossstich... ;) Tutup mata dan enjoy.

Syahida said...

ina, RM10 tu setengah jam kan? fuhh mesti best layan kerusi urut ni..ilang sekejap segala stres..