Mar 21, 2012

Syioknya cuti-cuti seminggu II

Saya namakan aktiviti ini Scratch Art. Senang sangat nak buat, cuma scratch saja.

Cabaran aktiviti ini ialah untuk fokus sehingga selesai scratch keseluruhan gambar. Penat juga buat scratching ni tau. Adik Zarif tak habis-habis mengeluh, tapi buat tetap buat..

Ini kali pertama kami beraktiviti Scratch Art. Kalau tak, selalunya kami layan Sand Art.

Untuk Abil, saya memang kena jadi 'cikgu disiplin' kat sebelah. Kalau tak, tak sampai 5 minit,confirm tinggal kertas saja.

Untuk siapkan sekeping gambar bersaiz sederhana, anda perlukan lebih kurang 15-25 minit. Tak perlu krayon, pensel warna atau cat air. Cuma perlu toothpick, lidi atau apa saja yang sesuai untuk scratch.


Saya beli beberapa set di Plaza GM, Klang. Rasanya kena pergi lagi dan borong 10-20 set lagi. Anak-anak saya sangat suka. Harganya murah saja. RM5 untuk 6 set. Lebih banyak anda beli, lebih banyak diskaun.

Masa untuk layan visual..


Abil. Cuma tangan kelihatan :)



Macam-macam gaya!


Ini contoh gambar asal, sebelum di-scratch.


Hasil dari Abil.


Adik Zarif buat yang ini.


Yang ini kakak punya.


T.A.M.A.T

Jumpa esok esok!

6 comments:

shogun_na said...

maknanya, kite kena scratch-utk keluarkan hitam tue...adakah tekniknya seperti gores dan keluar colour? Bestnya...kirim boleh? Hehehehe...

syida said...

betul la tu ina..gores gambo itam tu, nnti keluarla gambo berwarna warni..insyAllah, lepas ni kalau borong lagi boleh la pas ke ina

smsaroni said...

uncle pun minat nak gores bila bayar parking kereta...hehehe

syida said...

hahahaha pandai la uncle ni buat lawak :p

maya amir said...

gores jek mende tu ye? eh mcm menarik..kat jb tadek ke?

syida said...

maya, kadang2 kt kdai2 toys/ souvenir maybe ada. tp ssh nk jumpa. kalo kt plaza gm tu mmg melambak2..