Jan 8, 2013

Jom buat homework!

Malam hari sekolah.

Malam yang busy untuk anak-anak. 

Paling banyak homework, kak Dina. 
Paling tak ada homework, Abil. hehe
Paling banyak homework mewarna (buat masa ini), Zarif. *sebab darjah 1 kot

Disebabkan kakak dan adik ada kerja, so saya pun bagi kerja pada Abil.
Saya fotostat buku latihan darjah 1 yang sesuai dengan tahap kognitifnya.
Dia fokus dengan baik sehingga 5 mukasurat, terus menerus. Patuh. Tiada tantrum langsung. 
Mungkin lepas ini boleh test konsentrasinya dengan menambah ke 6 atau 7 mukasurat. 

Abil masih belum boleh buat latihan secara berdikari sepenuhnya. Saya bantu dia baca dan fahamkan soalan. Kemudian, dia jawab sendiri. Mana yang salah, saya betulkan.

Khusyuk

Sama-sama tekun.

Tengoklah tu, 'supervisor' kita, Ms Betty kantoi! hehe
Sedap betul dia lena. ZZzzz...
Oh my Betty!

Melihat dan mengajar anak-anak setiap malam buat saya rasa sangat berat untuk mengajar tuisyen. Tapi keadaan poket saya 'mewajibkan' saya untuk bekerja. huhu

Yang tak best-nya, kelas tuisyen saya ialah pada malam-malam hari sekolah. Hujung minggu adalah untuk keluarga. So, kuranglah masa untuk saya bersesi dengan anak-anak hari Isnin hingga Jumaat. *sigh


Ok. Selamat malam! 

Wassalam.


dari facebook

No comments: