Jan 7, 2013

Kalaulah setiap hari ialah hari Ahad (episod 2)


Hari Ahad. Hari outing bersama keluarga. 

Jalan-jalan makan angin, hilangkan serabut dalam kepala.

Semalam, saya dah habis idea mahu bawa anak-anak jalan kemana. Aduh, bertambah serabut kepala..

Padang A, dah jemu. Taman B, dah muak. Tempat C, dah bosan. Itu saja pilihan yang ada. 

Akhirnya, lepas solat Asar, saya ajak suami dan anak-anak keluar. 

"Jom jalan-jalan tepi laut."

Sampai di tempat yang dituju, nampak beberapa buah kereta parking dan orang bersiar-siar. Tak ramai. Tenang. Kami ambil angin sambil tengok matahari terbenam, sambil makan aiskrim. Nampak Singapura di seberang. 





Masing-masing layan diri. Anak-anak sibuk kutip batu dan campak ke laut.




Subhanallah.Alhamdulillah. 
Visual-visual amatur ini daripada instagram saya.

Hampir maghrib kami pun pulang.
Memang tenang. Cuma saya terkilan dengan mat rempit/kutu rayau yang melepak sambil merokok. Tercemar udara. huhu
Makin menjelang maghrib, makin ramai melayu (Islam) yang datang bersiar-siar. 
Moga mereka diberi hidayah. Amiin.

dari Instagram

No comments: