Feb 15, 2013

Kisah si kucing & kak Dina

Dua hari lepas, kak Dina selamatkan seekor anak kucing. Umurnya mungkin sekitar 6-8 minggu. Waktu itu, baru masuk waktu maghrib, saya sedang sibuk di dapur dan terngiang-ngiang suara anak kucing mengiau. Saya cuba abaikan. Sangka saya mungkin itu anak kepada ibu kucing yang sarat bunting (yang selalu saya lihat di kawasan rumah) sudah lapar dan menunggu disusukan ibunya.

Diam-diam, rupanya kak Dina sudah keluar rumah dan mencari suara anak kucing tersebut. Beria-ia dia memanggil saya supaya membantunya. Setelah dipujuk berkali-kali, akhirnya saya mengalah.

Memang anak kucing itu sendirian. Ibunya tak tahu entah kemana. Adik-beradiknya pun tak kelihatan. Aduhaiii.

Oleh kerana hari dah gelap dan hujan renyai-renyai, saya terus arahkan kak Dina masukkan anak kucing tersebut ke dalam kotak. 24 jam yang pertama, tak banyak yang kami dapat lakukan. Anak kucing yang kami gelar 'tabby' ini, tak mahu makan atau minum. Dipegang pun tak mahu. Sangat susah nak menangkapnya, tabby sangat garang. Mungkin dia terlalu takut dan rasa insecure.

Saya give-up tapi kak Dina masih berusaha memujuk si tabby. Akhirnya, tabby berjaya 'dijinakkan'. Alhamdulillah.


Saya kagum tengok kak Dina berusaha menyelamatkan si tabby ni. Seperti pengalaman-pengalaman kami menyelamatkan anak kucing terbuang sebelum ini (kalau tak silap, ini kali ketiga), menjaga mereka seperti menjaga baby yang baru lahir. Kali ini, saya dan ayahnya membiarkan kak Dina buat semuanya sendiri 100%. Sejujurnya, kami masih 'trauma' dengan kehilangan anak-anak kucing comel ini walaupun selepas berhempas pulas berusaha menyelamatkan mereka. Anak-anak kucing yang baru lahir, sangat fragile. Peluang untuk mereka hidup (tanpa ibunya) agak tipis. Baca kisahnya di sini ---> Hari Sedih Sedunia (episod 3)








Comel :)

Saya harap tabby akan terus hidup sihat. Tak sanggup tengok kak Dina menangis lagi.
Harap-harap semuanya dipermudahkan.
Kawan-kawan tolong doakan ye!


dari google

6 comments:

maya amir said...

cutenye tabby:) bela kucing ni murah rezeki syida..:)

syida said...

mmg cute dak kecik tabby ni..insyaAllah maya, kitorang dah bela 2 ekor dah, Betty & Betto. Tak tau la larat ke tak nak bela si tabby ni (kalau panjang umurnya). Buat masa ni just nak make sure dia survive :)

airis aries said...

Salam..comey kucing nih,itu lah die kna usaha n sabar baru dapat hasil nye kan?

syida said...

betul tu airis aries, kna sabar n usahakan yang termampu. selebihnya, tawakal ajelah..harap2 panjang umur si tabby ni.Amiin

shaza said...

comel... bendung mcm baby baru lahir.. hehehe...

syida said...

a ah shaza..comel je kna bedung. time nyusu tu, kalau tak kacau bilau kaki tangan dia sampai nak susu pun susah. haha