Feb 24, 2013

Si Kenit Tabby

Masih ingatkah pada entri ini? Kisah si kucing & kak Dina

So, apa khabar si kenit Tabby? Sihat, alhamdulillah. Dah hampir dua minggu dia bersama kami.

Pada kebanyakan masa, kami panggil ia 'Kenit'. Macam sedap dan sesuai je bila kami panggil kenit hehe. Berbanding dengan hari-hari awalnya bersama kami, sekarang dia sudah nampak selesa. Selesa dan happy. Si kenit makan biskut kucing yang biasanya kami rendam dengan sedikit susu (susu khas untuk kitten). Dua tiga hari lepas, susunya dah habis. Saya rendam pula biskutnya dengan sedikit wet food dan air.

Setakat ini, senang menjaganya. Beri cukup makan, bersihkan cage dan bekas najisnya, pastikan tempat tidurnya selesa (tidak sejuk dan tidak panas). Saya dan kak Dina bergilir-gilir buat. Apa yang penting, kerjasama. hehe


Oh ya, si kenit ni pandai buang air dalam bekas pasirnya. Saya sendiri terkejut bila tengok dia pandai sendiri 'membuang' di atas pasir. Tak perlu diajar pun. MasyaAllah :)

Selain makan dan tidur, kenit ni ligat bermain. Jadi, beberapa kali sehari, kami lepaskan dia (dari cage). Betto cukup setia melayan kenit. Tapi tak boleh leka sebab saiz Betto ni berkali ganda lebih besar dari kenit. Cara Betto bermain dengan kenit, agak kasar. Dilayannya kenit macam kucing dewasa. Risau bila sesekali si kenit digigit Betto ketika sama-sama berguling. 

Tengok keletah si kenit  adalah terapi untuk kami. Anak kucing serupa macam anak manusia juga hehe. Serupa je, tapi TAK sama. Menjaga kenit bantu saya hilangkan rasa bosan. Mudah-mudahan dapat pahala juga. Amiin.

Sejak minggu lepas, suami saya dah mula bising. Dia minta kami iklankan jika ada sesiapa yang nak bela kenit. Hmm, saya dan kak Dina terdiam. Makin lama jaga kenit, makin sayang. Samada kami nak bela kenit terus atau tidak, saya tak ada jawapannya buat masa ni. Just go with the flow.

So, kawan-kawan, nak bela ke tak ni, ada ke yang berminat nak jaga kenit? What say you?
















 Oh so comel!


Akan datang, kisah anak-anak ke Kiz Sports & Gym. 
Tunggu ye :)


No comments: