Jul 20, 2013

Belum Syawal lagi

 Yup. Belum Syawal lagi. Baru 11 Ramadhan. 
11 Ramadhan? Tinggal lebih kurang 18-19 hari saja lagi. 
Oh! Ramadhan, please go slow.


Ok. Sila jenguk kalendar comot kat bawah tu.
Comot bukan sebarang comot. Comot  banyak jasa. hehe

Kalendar ni macam 'nyawa' saya.
Saya countdown hari-hari sehingga next cuti sekolah.
Saya countdown next trip ke rumah mak.
Saya countdown macam-macam! (takkan nak citer semua kot ;p)

Kalendar ni juga yang bagi motibasi motivasi untuk anak-anak saya berpuasa.
Nampak tulisan-tulisan ala doktor tu?

Saya tulis 'adik-abang-kakak'. Kemudian, saya bulatkan.
Itu bermakna ketiga-ketiga mereka berpuasa dengan jayanya pada tarikh/hari tu.

Kalau buat poster Ramadhan cantik-cantik sebenarnya anak-anak akan lebih bersemangat.

Tapi, faktor 'kerajinan'saya menyebabkan saya hanya guna kalendar comot ni.
Yang penting, setiap hari Zarif jenguk kalendar untuk tengok namanya. hehe


Untuk hari-hari yang tak ada bulatan tu, bermakna Abil hanya berpuasa sekerat hari.
Kakak dan adik masih maintain cemerlang setakat ini. Alhamdulillah.

Abil puasa sekerat hari? Apa cer?
Setiap Selasa, Abil akan berbuka selepas zuhur sebab dia ada sesi terapi mingguannya.
Kalau dah kena exercise (dalam sesi terapi) dan biasanya sampai berpeluh-peluh,
sian pulak kan?
Selain alasan terapi, Abil tak sihat 2 hari awal Ramadhan hari tu, so sudah MC puasa di situ.
Lagi? Abil gagal puasa penuh gara-gara kantoi makan biskut oreo! (adoyaii)
Abil cukup 'pantang' kalau terjumpa balang biskut, lebih-lebih lagi kalau ianya biskut oreo. grrrr~
Saya sorokkan celah mana pun, dia boleh jumpa. Ada 'radar' oreo agaknya.
(idea bagus untuk klip iklan oreo. haha)

Apa pun, projek kunyah oreo berlaku senyap-senyap ketika saya dan yang lelain leka.
Tau-tau dah nak habis sebalang. haiya

Bagaimanapun, puasa tetap diteruskan.
Kengkonon 'terlupa' lahhh haha
Tapi puasa tu tak 'diiktiraf' untuk masuk kalendar comot. Sori Abil.
Good try but not good enough. Kita cuba lagi hokay?
(sambil sorok segala mak nenek biskut oreo & yang sewaktu dengannya, jauh-jauhhhh)




Ok. Belum Syawal, tapi saya dah beli baju raya anak-anak siang-siang lagi.
Baju raya Abil saya beli sehari sebelum 1Ramadhan.
Baju raya kakak saya beli pada 1Ramadhan.
Baju raya Zarif? recycle je baju abangnya dulu. (jimat hehe)

Kenapa beli awal?
Saya kurang gemar nak bawak anak-anak shopping time Ramadhan.
Sesak. Lapar. Letih. ---> Not good.

Oh ya, baju melayu teluk belanga untuk Abil. No cekak musang.
Abil boleh je pakai baju melayu cekak musang. Tapi nanti dia tak selesa.
Tak selesa. Moody. ---> Not good also.
Mujurlah dia ok je pakai samping & songkok/kopiah.
Ambil masa juga untuk dia familiar dengan baju raya lengkap.
Baca kisah raya yang lepas di SINI.

Haishh. Panjang dah saya 'membebel'.
Kengkonon nak buat entri Wordless Weekend. 
Fail. haha

Ok.
Belum Syawal lagi.
Jangan excited sangat nak raya.
Jom redah Ramadhan dengan cemerlang, insyaAllah.


*Baca tentang Epsom Salt dan manfaatnya di SINI.*
(takde kena mengena dengan raya.hehe)

4 comments:

Amri dan Aishah said...

Sama juga saya. Baru Bulan Rejab, dah siap membeli baju raya anak2. sebab dulu masa kecik2, mak buat begitu juga...jadi bila dah Bulan Ramadan, tak payah pening nak pikir ttg baju raya dah...boleh tumpu ibadah sahaja...Lagipun beli baju raya time Ramadan, manusianya melaut...huhu

gambar di bawah sekali itu Abil kan?
Dia boleh fokus kamera?

syida said...

aishah, senang bila dh bli baju raya anak2 sblm ramadhan kan? geng le kita..x snggup nk meredah lautan manusia(lebih2 lg dgn ank2)..

a ah..gmbr abil tu. 1 drpd 50 gambar yg mna eye contact-nya perfect. fokus dlm 3-4 saat je tu..mujo la sempat snap hehe siap senyum lg tu..alhamdulillah..

dak-eiza said...

awalnye dh siap...kita setel baju kurung ngan melayu jek
lenlain ntah bile le
tp mmg soping taim pose mmg > not gud kann

ohooo abil pon pantang jumpe biskot ek, sama cam Hadif gak

syida said...

dak-eiza,shopping time posa ni, kalau cergas bertenaga, x apa...kalo agak2 cepat lemau tu, baik x payah hehe