Aug 19, 2013

Blues 12 Syawal

"Adik tak nak pergi sekolah. Kan raya lagi..."

Hohoho. Kejap je dah 12 Syawal. Kejap je cuti 2 minggu dah habis.
Dua minggu masih tak cukup untuk Zarif. hehe

I feel u Zarif. Tapi apa nak buat, life goes on. hehe

Raya tahun ni, kami tak balik utara.
Saya miss ketupat daun palas. Sangattttt.
Tu la, pandai makan je. Masaknya tak reti. *padan muka* hehe




gambar ihsan pakcik google

Alhamdulillah.
Walaupun berhari raya di kota (eh!), raya tetap raya.
Seronok tetap seronok.
Yang penting, semua yang tersayang (kecuali mak ayah mertua saya**) ada depan mata.
**mereka di tanah suci Makkah seminggu terakhir Ramadhan sehingga 6 Syawal.

Target Ramadhan anak-anak saya tercapai. Syukur.
Usaha kami melatih Abil berpuasa (dan solat) sejak umurnya 7tahun dah mula berhasil. Syukur sesangat.
Masih banyak perlu di-polish. InsyaAllah, harap Abil terus progress. Amiin.

Ok. Nak share gambar raya dulu.hehe




Raya yang sederhana dan 'terkawal' untuk Abil.
Masih belum faham 'makna' $$$ raya
tapi sudah pandai sebut dan kenal apa itu 'angpau' raya. hehe
Hanya 1 saja 'masalah' Abil sepanjang bercuti raya ni, dia tantrum (mengamuk) hampir setiap kali sepupu-sepupunya (yang masih baby) menangis.
Masalah sensori. Telinganya agak sensitif.





Dina, Abil, Zarif dan MakUda (adik saya).

Syawal.
Makan macam-macam.
Minum macam-macam.
Jalan sana sini.
Selsema, batuk, demam, sakit perut, berat badan naik. Semua ada.
Salam 12 Syawal. Jumpa lagi!

2 comments:

dak-eiza said...

Wahhh sedondon merahhh
Cantek!
Cuti lama2 pon x puaskann..sama la yg di umah sy ni , kemain liat memasing nk bangun skolah
Slmt ari raya buat syida sekeluarga...mood raya lg kann hihi

syida said...

color merah tu sbnrnya recycle tema raya beberapa tahun lps.mana2 baju yg boleh di-recycle, kita pakai semula hehe (jimats).
Selamat hari raya untuk dak-eiza juga :)