Aug 20, 2013

Planes!

Cuti Syawal minggu lepas, sempat kami ber-movietherapy.

Planes.
Jalan cerita yang simple dan predictable, tapi menghiburkan.
Nak baca sinopsis, review dan tonton trailer-nya, klik SINI.

Macam saya pernah sebut sebelum ini,
"Orang putih memang pandai buat filem.." hehe

Hero animasi ini ialah ---> Dusty (gambar di bawah)



Dipendekkan cerita, Dusty (sebuah kapal terbang kecil yang fungsinya hanya menabur baja tanaman) ada cita-cita besar. Dia mahu jadi kapal terbang yang luar biasa sebab dah boring dengan rutinnya sebagai kapal terbang baja. So, dia nak masuk pertandingan jelajah dunia untuk kapal terbang. Basically, Dusty kena harung macam-macam halangan/ujian/dugaan untuk masuk pertandingan tu. Ending-nya memang boleh agak dah la kan...tapi don't worry, jalan ceritanya menarik dan watak Dusty memang memberi inspirasi :)

Anak-anak saya suka sangat, especially Zarif. Kak Dina pun senyum sengih bila keluar panggung. hehe

FYI, Abil berjaya menonton movie di panggung buat kali ke-berapa entah (lost count hehe). Kami bukan kerap menonton wayang pun sebenarnya, setahun mungkin 3-4x bergantung pada kesesuaian dan timing movie yang ada.

Untuk Abil, kemahiran menunggu/bersabar dan menonton banyak membantunya untuk bertoleransi dan join aktiviti kami menonton movie di panggung. For the record, saya bukan nak menggalakkan anda membawa anak-anak ke panggung wayang ye, cuma, oleh kerana anak-anak kami yang lain enjoy menonton sekali-sekala, saya tak mahu Abil ketinggalan gara-gara tak boleh duduk diam dan masalah sensori yang lain. Untuk setiap family outing, seboleh-bolehnya saya bawa Abil sekali.

Untuk anak autisme, masalah yang mungkin timbul ketika menonton wayang ialah:
--> takut gelap
-->bunyi/suara dari movie yang terlalu kuat
--> tak boleh menunggu/fokus sehingga movie selesai
-->sukar duduk diam di kerusi
-->ketawa/menangis/menjerit tiba-tiba

Untuk memastikan Abil selesa, ini langkah-langkah yang saya ambil setiap kali pergi menonton;
-->belikan popcorn (dia suka mengunyah popcorn, bantu dia untuk leka)
--> 'seludup' masuk bantal dan selimut busuknya (hehe, masukkan dalam beg yang cukup besar dan keluarkan bila lampu dah dipadamkan).

-->Abil tak takut gelap tapi agak pasif bila lampu dipadam. So, suasana gelap agak membantu mengurangkan hipernya (hehe).
--> Pastikan dia tak lapar dan sudah ke tandas sebelum masuk panggung. Air minum jangan lupa (elakkan air manis, air putih aje cukup).
--> Pilih movie yang menarik, fast-moving, action-packed, ada watak yang menjadi kesukaan Abil.

--> Beli seat di bahagian paling tepi/paling hujung dan paling belakang untuk mengelakkan gangguan pada orang lain, tak terlalu mencuri tumpuan orang lain kalau ada 'drama' dan senang nak keluar (bila perlu hehe).
--> Pergi menonton waktu off-peak atau beberapa minggu selepas movie mula ditayangkan. Jadi, bilangan yang menonton dah tak ramai. Lagi sikit orang menonton, lebih baik. hehe

Apa pun, kalau anak autisme anda tak pandai/masih belum boleh menonton wayang, jangan risau sangat. It's not the end of the world. Banyak lagi aktiviti lain yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan bersama.


Anak-anak saya dah cakap awal-awal,
"Lepas ni nak tengok cerita Cloudy with a chance of Meatballs 2, ye ma!"

hmmm...ok :)



Salam Selasa. Happy selalu!

**semua imej dari google

2 comments:

dak-eiza said...

cite ni nmpk menarik
tu ari kami pi br opening so confirm ramai
tros tgk smurfs2

syida said...

kami tgk planes ni pun gara2 'termakan' iklan kat disney XD hehe..omputih pandai buat trailer filem gaks..tgk trailer je pun dah mcm best. mujo la not bad citer planes ni..