Aug 3, 2014

Hilang Lagi



Mula-mula Betty, sekarang Kenit :'(

Sekitar 3 Syawal, saya diuji dengan kehilangan Kenit.
Ya, hilang kucing saja.  Ujian kecil. Tapi tipulah kalau saya kata saya tak sedih.
Saban hari dia makan dan bermain depan mata saya.
Selalu juga dia tidur di hujung kaki.
Setiap kali dipanggil nama, dia mengiau manja.
Allah...

Kak Dina dan Zarif antara yang terkesan dengan kehilangan Kenit.
Masih saya ingat selepas kami kembali ke rumah (dari KL) tahun baru cina 2013, 
Kenit mengiau-ngiau dalam hujan di rumah jiran.
Umurnya masa itu, baru dalam 3-4 minggu. Di dalam longkang.
Sebatang kara.
Basah dan takut.

Tiga empat hari juga kak Dina berusaha 'menjinakkan' Kenit.
Waktu diselamatkan, dia sangat garang. Tak mahu makan. Tak mahu dipeluk. 
Apa pun tak mahu.
Dia menyelit di celah pasu luar rumah kami selepas kami ambil dari rumah jiran.
Akhirnya, dia mengalah dan kami pelihara dia dengan penuh kasih sayang.
Antara 7 ekor kucing kami, dialah yang paling senang dijaga, tak banyak karenah.
Allah pinjamkan setakat 3 Syawal yang lepas.

Kami redha. Tapi rasa risau sangat kuat.
Entah apa nasibnya dan dimana dia sekarang.
Kami hanya mampu doakan yang terbaik untuk Kenit.
Kalau masih ada umur dan 'jodoh' kami dengannya, mudah-mudahan Allah pelihara Kenit dan ia berjaya ditemui dengan selamat. Amiin..


July is officially our sad month.
Betty hilang 2/7/2013. Kenit hilang 30/7/2014.


Be safe, Kenit, wherever you are.


-----------------------------------------

LATEST UPDATE:
Kenit selamat! Alhamdulillah :)


No comments: