Aug 4, 2014

Kisah Kawan-kawan

dari google

Pagi tadi, sebaik saja saya dan Abil tiba di sekolah, saya nampak dua tiga orang kawan-kawan Abil dari kelas pendidikan khas. Kebetulan, mereka sedang menuju ke bilik sukan (saya agak mungkin mereka nak ambil peralatan sukan untuk kelas pendidikan jasmani mereka pagi ni). Bilik sukan pula memang terletak di tengah-tengah laluan ke kelas Abil. Sebaik saja mereka nampak Abil sampai dan masuk ke kawasan sekolah,

"Nabil...Nabil!" salah seorang menjerit sambil mereka menuju ke arah Abil dan terus pimpin tangannya.
"Kita hantar Nabil pergi kelas dulu..." seorang lagi mengarahkan.

Saya berdiri sambil memerhatikan mereka, selang lebih kurang 10 langkah dari mereka. Abil pulak, senyum sengih memanjang.  Suka la tu, kena 'pampered' dengan kawan-kawan. Bukan dia tak tahu menuju ke kelas sendiri, tapi saya selalu diberitahu oleh cikgu Abil, kawan-kawannya memang sangat protective dengan Abil, sangat boleh diharap untuk 'menjaga' Abil sewaktu di sekolah. FIY, kawan-kawan Abil kebanyakannya adalah slow learner. Mereka tiada masalah komunikasi dan boleh berinteraksi secara verbal dengan baik.

Macam tulah Abil, senyummmmm saja bila disapa dek kawan-kawan.  Senyummm saja bila dipimpin dan berjalan dengan kawan-kawan. Senyummm penuh makna. Senyum seorang kanak-kanak autisme yang sangat gembira kerana ada kawan-kawan yang menghargainya. Senyum seorang kanak-kanak autisme yang hatinya kembang setaman sebab ada yang sudi untuk berbual dan menegurnya sekalipun dia tak pandai membalas dengan kata-kata. Cukuplah dengan senyum :)

Saya. yang. memerhati. juga. SENYUM.

Nikmat dan rezeki yang tidak ternilai di pagi hari. Alhamdulillah!


imej google

No comments: