Aug 11, 2014

Tak Sihat


imej google

Musim demam, katanya.

Tiga empat hari lepas, saya pun demam juga. Mula dengan selsema teruk, bersin non-stop. Kemudian demam dan batuk. Alhamdulillah, batuk dan selsema cepat reda kali ni. Demam pun habis selepas dua hari. Tapi sakit-sakit badan, post-demam, masih terasa. Masih in-recovery mode.

Sejak petang semalam, Abil pula demam.  Saya dah dapat agak yang dia kurang sihat bila dia tidur siang. Balik dari sekolah, mandi, lunch dan solat zuhur, terus dia baring atas katil dan lena. Tidur siang, sesuatu yang jarang-jarang berlaku dalam rutin Abil, kecuali time dia kurang sihat.

Menjelang petang, suhu badannya dah mula naik. Kemudian, lepas makan malam, dia baring lagi atas katil, siap berselimut.  Gitulah Abil, sihat ke, tak sihat ke, memang diam aje.  Bila saya rasa kepalanya, panas. Saya sebut, "Abil demam." "Demam!" dia ulang semula skrip saya. hehe demam-demam pun comel ;p


Malam tadi, saya terpaksa tidur sebelah Abil. Risau dia termuntah sendirian atas katil.  Abil ni, kalau nak muntah ke, apa ke, memang tak reti bertindak.  So, terpaksalah saya standby setiap kali dengar dia terbatuk-batuk atau mahu bangun ke tandas.

Yang sayunya, bila nampak saya baring di sebelah, cepat-cepat dia datang himpit saya. Dia wordless, saya speechless haha (anak saya sorang ni dah 'bujang' 11 tahun, tapi bila sakit, terasa macam masih baby lagi...)


Oh ya, saja nak share sedikit pembacaan saya tentang demam pagi ni..

(petikan: http://nurzariff.blogspot.com/)

"Demam menandakan sistem pertahan badan sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba-tiba disebabkan oleh tubuh terdedah pada virus baru. Bila diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi, etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh kita sendiri.

Sistem imuniti berbeza-beza pada setiap orang. Ia bergantung kepada 'kecantikan sel' dalam tubuh. Anak yang diberi makanan berkhasiat & seimbang, bebas dari udara kotor, ceria gembira & bersemangat akan sembuh lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh anak kita lebih cepat menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel; dan anak yang tak gembira (stress) menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina antibodi.

Kerana itulah anak-anak selalu demam bila disuntik vaksin. Ia menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.

Kalau anak cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) ibu bapa tak perlu tergesa-gesa beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan badannya sedang 'berperang' dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. Tahu kenapa ubat kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser dari merebak serta membunuh sel kanser tu.

Tips meredakan demam:

1. Pastikan anak betul-betul demam. Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak-anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu. “Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun-tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;
1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan-lahan menggunakan tuala pertama, dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga, serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/AIS!
Air sejuk/ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.
3. Galakkan anak minum air dengan banyak. Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak-anak dan segelas cawan. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap.
Jika anak masih kecil, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air. Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas (air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain-lain. Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak melalui tanda-tanda di bawah ini.
Dehidrasi ringan:
Aktif, jumlah air kencing dan kekerapan macam biasa, air mata ada ketika menangis.
Dehidrasi sederhana:
Merengek, bibir merekah dan mulut kering, air kencing kurang banyak, 1-2 kali sehari, berwarna kuning pekat, mata cengkung ke dalam dari biasa, tiada atau sedikit air mata ketika menangis.
Dehidrasi teruk:
Lembik, tidak mampu membuka mata atau melihat kembali, tidak kencing langsung dalam 24 jam, terbaring sepanjang masa dan tidak bermain, kaki dan tangan sangat sejuk, bernafas dengan laju, nadi lemah dan cepat, kulit kering dan berkedut. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/terus ke hospital untuk rawatan lanjut.
4. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak-anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak-anak juga lebih selesa.
5. Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan. Ubat paracetamol (atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun-tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. 
Sekiranya demam anak-anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.
6. Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah.  Anak demam adalah ujian, tanda Allah sayang. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK. Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Doakan yang baik-baik ye wahai ibu bapa. "

Sekian. Baca lebih lanjut di SINI.

Doakan Abil cepat sembuh ye :)

Salam 15 Syawal.

No comments: