Sep 20, 2014

Kembali pada Rutin

Hari Sabtu.
Sekejap saja seminggu berlalu.

Mode: Bersedia untuk Back to School.

Baju-baju sekolah semuanya sudah siap bergosok.
Kasut-kasut sekolah sudah bersih dan siap dikapur.
Beg sekolah sudah siap dikemas.
Esok kena set semula alarm ke jam 5 pagi.
*dalam blues*

Back to Hostel untuk kak Dina.
Mujurlah ada cuti Aidiladha lebih kurang dua minggu lagi.
Tidaklah terasa 'berpisah' lama sangat. hehe

Sepanjang minggu ini, walaupun cuti sekolah, hampir setiap hari Abil bangun seawal jam 3-4 pagi. Ya, dia bangun sebelum subuh. Mahu kejut saya bangkit untuk tahajjud barangkali.

Antara bertiga, dialah yang akan solat Subuh paling awal bersama saya. (sesuai benar title 'anak syurga' untuknya, Alhamdulillah).

Biasanya, bila masuk hari persekolahan, habit 'tarik selimut' pula bermula. Mungkin bila bersekolah, badan lebih letih, maka tidurnya pun mahu lebih, bila dikejut, dia mudah terjaga. Tapi babak 'tarik selimut' mesti ada untuk beberapa minit. hehe

Takpelah, adatlah tu, sekurang-kurangnya dia tak susah diajak ke sekolah, bangun pagi masih yang terawal dan senang disuruh bersiap.

Ok, esok rutin puan supir kembali sibuk.  Take care semua!






No comments: