Dec 3, 2014

Baru Nak Cuba

Semalam, seorang kawan bermurah hati beri saya dua bekas lapis marie cheese dan lapis marie oreo. Berebut-rebut kak Dina dan Zarif makan. Alhamdulillah, dapat la juga saya menjamah. Abil pula, memang bukan seleranya, menu dessert begini.

Terus saya minta resepinya dari kawan saya ni.  Sebenarnya, dah lama juga saya 'folo' trend buat lapis marie cheese ni.  Cuma tak pernah nak meneraiiii hehe. Biasalah saya, lebih rajin makan daripada membuatnya..*tutup muka*



Resepi oleh: The Kitchen Guardian
kredit gambar: The Kitchen Guardian


Lapis marie cheese versi saya? Tungguuuuu eh, nanti saya kongsikan. Yang pastinya, idok le secantik lapis marie cheese yang dalam gambar tu. hehe *saya amatur je*

Apa yang buat saya tetiba rajin nak menerai? sebab resepi ni sangat simple. Tak payah susah-susah nak bakar, kukus, bagai. Cuma kena whisk sebahagian bahan, kemudian lapis-lapiskan aje. Akhir sekali, masuk peti sejuk. Yang dicadangkan, semalaman di dalam peti sejuk. Tapi lapis marie cheese saya cuma sempat duduk 2-3jam saja dalam peti sejuk. Kak Dina dan Zarif dah tak sabar-sabar nak 'bedal'. hehe

Ok..ok..gotta go. Nanti saya sambung cerita ya :-)


No comments: