Dec 1, 2014

Cerita Cuti Sekolah

Cuti sekolah. Seminggu dah berlalu.
Kami masih di sini. Di rumah. hehe

Di rumah, 'boring' is an overused word.
Siapa lagi yang sering merungut kalau bukan si Nurhan Zarif.


Selain bawa anak-anak berjogging di padang, bawa Abil ke terapi, shopping barang keperluan sekolah dan tengok movie, main Bingo/ipad/game, layan kucing-kucing, memang boring juga cuti sekolah ni sebenarnya. haha

Hari ini, alhamdulillah. Rezeki Isnin. Ayah mertua saya pelawa kami anak-beranak membantunya di restoren. Tolong packing tempahan katering.

Bak kata pak mertua, bukan tolong saja-saja. Tolong berbayar! hehe *rezeki jangan ditolak*

Maka, berbondong-bondonglah kami ke restoren dengan penuh bersemangat pagi ini haha. Hasil kerja keras kami, 300 pek nasi briyani ayam merah siap dibungkus dalam masa lebih kurang sejam setengah. Alhamdulillah :-)

Kak Dina tukang letak pajeri nanas. Abil tukang letak sudu. Zarif tukang letak popadom. Sesekali Zarif dan Abil bertukar tugas. Siap mengisi makanan ke dalam bekas, mereka bersama-sama mengatur dan mengira pek makanan sebelum ia dimasukkan ke dalam kenderaan. Saya bantu ketiga-tiga mereka di mana perlu.

Proses membungkus nasi ini nampak mudah. Tapi, kalau takde kerjasama dan pembahagian tugas yang sistematik, kalut juga.

Haaa..tengoklah aksi-aksi anak-anak saya.  Pekerja-pekerja restoren kebanyakannya kagum tengok Abil boleh bekerjasama.

Bagi saya, tak ada apa yang nak dihairankan, Abil boleh buat apa saja insyaAllah, dengan syarat, diberikan arahan yang jelas. Lebih elok lagi kalau di-demo-kan tugasan yang perlu ia lakukan. Kerja-kerja mengisi, membungkus, mengatur sebegini memang sesuai untuk individu autisme seperti Abil kerana ia bersifat rutin dan berulang-ulang. Tak susah mana punnn. hehe








Ini bukanlah kali pertama kami terlibat dengan kerja-kerja restoren. Tapi peluang sebegini tak datang selalu. Mudah-mudahan ada lagi rezeki selepas ini. Amiin!

Isnin yang produktif. Saya suka! :-)



2 comments:

shogun_na said...

apa yang penting.....kerjasama...
seronoknye bantu packing...untung tok ayah ada pembantu ramai...hehehe...

Igtkan cuti sekolah, akak balik rmh mak akak...anak2 ina pn suka buat mcm ni tp sat ja la...lama-lama jadi lemau...letih...hehehe...biasa buat pun time isi utk bg kawan2 goodies bag...

syida said...

hohoho mmg kerjasama yg plg penting..
mmg nak balik rumah mak, insyAllah this coming week..balik kejap je pun..kesian nak tgglkan anak2 bulus lama2 hehe