Dec 10, 2014

Terapi Anak Buah

Alhamdulillah, dah selamat pulang ke rumah semalam.
Tengah 'blues' lagi ni. hahaha


Kemana saya? Balik rumah mak aje pun.
Tapi seronoknya macam ke Korea hahaha
(sebut pasal korea ni, meh jenguk kisah kawan saya ke sana, klik SINI)


Bila balik rumah mak, ada ramai 'rakyat' di sana. Selain mak ayah, adik beradik saya dan pasangan masing-masing, ada tiga orang anak buah saya yang gediks dan banyak karenah. haha

Saya suka tengok gelagat tiga orang kenit ni, time mereka happy-lah. Time mooooooodyyyyy tu, makngah-nya lari jauh-jauuuhhhhhhh. haha *ngelats*

Ingat lagi tak, kisah ikan laga Zarif? Kalau tak ingat, cer klik SINI.

Ikan laga dua ekor ni, Zarif terpaksa angkut juga ke rumah makTuknya. Kesian pula kalau ditinggalkan berhari-hari di rumah, dalam keadaan air yang kotor. (Zarif cuci bekas ikannya hari-hari).

Sampai saja ke rumah mak saya, hampir 20minit yang pertama, tiga orang budak kecik ni, sibuk mengerumun bekas ikan laga Zarif. "Fish..fish...fish...fish!" berebut-rebut masing-masing nak menyebut. haha

Sementara mereka melayan curiosity mereka, saya pulak seronok 'merakam' aksi-aksi comel mereka bertiga ni. Almaklumlah, kat rumah saya, hanya ada kucing-kucing comel. Balik rumah mak, memang 'balas dendam' layan anak-anak buah comel. hehe

Tengok gambar terusss lah ye :)



















Khadijah.Maryam.Fatihah.
Tukang buat havoc umah MakTuk. haha

Oh ya, anda nak tau apa yang saya belajar daripada adegan di atas, betapa senangnya nak hiburkan hati kanak-kanak riang. Letak saja dua balang ikan laga dan perhatikan bagaimana mereka menjadi 'kanak-kanak'; sangat naif, semangat eksplorasi dan ingin tahu yang tinggi dan kegembiraan tahap maksima.

Bila tengok muka-muka comel 3 orang ni, automatik hormon stres saya menurun dan hormon endorfin mencanak-canak haha.

A therapy it is.

Sesi terapi bersama bebudak ni dah berakhir semalam. Kena tunggu tahun depan pulak. *huwaaa*


Enjoy your Wednesday!


2 comments:

Farwizah Darwisha said...

Chumelnya anak buah..

Syahida Yep said...

mmg comel alhamdulillah ..gerammm je nak gomol hehe