Jan 16, 2015

4 Hari Sekolah, 1 Hari MC

imej dari: infokesihatan4u


Siapa yang mc tu? Nurhan Zarif.

Semalam, sudah 'berlubang' satu hari rekod kehadirannya.  Baru minggu pertama. haishh..

Tak apalah kan. Nak buat macamana. Allah bagi sakit. Allah juga yang bagi sihat. Sejak pagi Rabu, memang Zarif dah mula mengadu tekaknya rasa tak sedap dan hidung sudah mula berair.  Tapi saya gagahkan juga meminta beliau ke sekolah. Balik dari sekolah agama di sebelah petang, dia mengadu sakit kepala. Badan dah mula 'dedar'. Sebelah malam, memang suhu badan agak panas.  Saya beri Zarif makan supplemen sebelum tidur.

Pagi Khamis, bila dikejutkan, terasa badannya masih panas, merah bibirnya. Bila dikejut, masih sakit kepala (katanya). Saya ambil keputusan untuk rehatkan saja Zarif di rumah. Dia ikut saya hantar Abil ke sekolah.  Waktu bersarapan, saya minta beliau kerap minum air. Menjelang tengahari, nampak dia lebih segar. Mungkin sebab dah makan ubat demam dan kerap minum air putih. Saya pujuk dan pujuk supaya beliau ke sekolah agama. Mula-mula dia tak nak. Akhirnya dia 'termakan pujuk'. Alhamdulillah :)

oh ya, sempat saya gugel tips tentang sakit kepala. Jangkitan di bahagian telinga, hidung dan tekak memang salah satu penyebab sakit kepala. So, selsema, batuk, sakit tekak dan sakit kepala, memang normal. Pakej lengkap. huhu

Petua orang lama, perah limau kasturi atas kepala, ramas-ramaskan pada rambut dan picit bahagian kepala yang sakit.  Tips lain;

-urut dengan minyak urut/panas di bahagian tengkuk, kepala dan belakang telinga.
-Letakkan ice pack di atas kepala untuk beberapa minit. Kalau tak ada ice pack, balut ketulan ais dengan tuala pun boleh.
-Kurangkan, atau lebih baik lagi, elakkan MSG (bahan perisa tambahan/ajinomoto).
-Rehat seketika di tempat yang gelap dan tenang (bebas dari bunyi bising dan hiruk pikuk).
-Minum air elektrolit (100plus, revive) untuk menghidratkan dan memberi tenaga pada badan.
-MInum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Ada beberapa lagi tips menarik. Baca sepenuhnya di SINI.

Hari ini sudah hari Jumaat. Masa untuk berehat. Zarif pun nampaknya sudah sihat.  Syukur.

Saya jumpa artikel menarik di facebook pagi tadi. 

Sila, sila baca: Menjadi Lima Dengan Mudah, Alhamdulillah!

Ok. Saya berhenti di sini. Be healthy. Be happy. Jangan lupa Al-Kahfi :)



10 comments:

iryanty ahamad said...

salam kenal..petua yang menarik..kesian zarif..alhamdulilah dah sihat...

iryantyahamad.blogspot.con

syida said...

wsalam iryanti, tk singgah sini :)

Nooriah Abdullah said...

anak kaknoor pun dah berlubang jugak 2 hari sbb demam, disini start 5 hb baru beberapa hari dah berlubang heee tapi apa nak buat sakit allah bagi

nurbijen said...

Saya biasanya sakit kepala bila x cukup tdo... Hehehe

syida said...

itu lah kak noor, awal2 lagi rekod kehadiran dah tak cantik haha. Diluar kawalan kita kann, tambah pulak cuaca panas kebelakangan ni. mmg ramai yang sakit

nurbijen, saya pun macam awak. asal x cukup tido, sakit kepala...

wa said...

Musim demam dan selsema sekarang ni..kat sek pun ramai budak2 demam dan selsema

Jari Manis said...

alhamdulillah Zariff dah sihat

syida said...

wa, betul3...mmg tengah musim sakit..masing2 kna jaga kesihatan..

JM, alhamdulillah..syukur :)

Puan Kutu said...

Zarif dah sihat kan,bagus petuanya!

syida said...

minum air masak secukupnya mmg penawar kepada macam-macam penyakit insyaAllah :)
yup alhamdulillah, kejap je zarif dah sihat semula..kalau x, susah hati maknya hehe