Jan 7, 2015

Bukan Cerita Hanis Zalikha

Memang bukan cerita Hanis Zalikha ;p

Nak kongsi cerita tentang anak syurga saya, Nurhan Nabil pagi tadi...

Saya: Abil nak makan apa, roti canai ke mee goreng?
Abil: (diam 3 saat) mee goreng. mee goreng!

Saya ulang soalan yang sama dengan ayat yang berlainan, saya khuatir dia jawab "mee goreng" sebab perkataan itu yang terakhir saya sebut.

Saya: Nak makan apa Abil, mee goreng ke roti canai?
Abil: (diam lebih kurang 5-8 saat) mee goreng!

Tanda seru (!) tu bukan menggambarkan jawapannya yang penuh excited. Tidak. Tone suara anak autisme saya ni memang begitu bila bercakap.  Suaranya biasanya naik sedikit di penghujung dialog. Gaya beliau bercakap, monotonous, ala-ala robotik gitu. Yup, he is special like that. Different from the rest.

Saya: Abil nak minum apa, nak teh o ke milo?
Abil: Milo. (terus jawab, tak ada pause langsung)

Seperti biasa, saya kurang yakin dengan jawapannya. Lalu saya ulang soalan..

Saya; Abil nak air apa, milo ke (pause 2 saat), teh o?
Abil: (diam 2-3saat) nak teh o!

Haa...kan dah jawab lain pulak haha. Tapi saya malas nak ulang banyak kali. Nanti dia stres, saya pun stres. Bercakap/berbual bukanlah aktiviti kesukaan Abil. Sebenarnya, ia sesuatu yang agak mencabar untuknya.  So, kita yang diberi kemudahan dan kebolehan untuk bercakap dan berbual dengan lancar ni, silalah bersyukur, kann :)

....dan saya pun berlalu pergi sediakan mee goreng (ditapau dari kedai makan pak mertua saya hehe) dan bancuh teh o kegemaran Abil.

Oh, take note ya, apabila berinteraksi dengan anak istimewa, khususnya anak autisme, beri mereka masa dan ruang untuk menjawab soalan yang anda kemukakan.  Ingat, cara otak mereka berfungsi sedikit berbeza dari kita.  Kalau mereka pause atau diam seketika, jangan kita terus bertanya dan bertanya, tunggu sekejap atau kalau dah lebih 10saat mereka diam, mungkin kita boleh usulkan jawapan yang berkemungkinan untuk mereka jawab (kadang-kadang mereka nak jawab, tapi tak tau bagaimana nak susun perkataan/ayat).

Bagi anak-anak istimewa/autisme yang non-verbal, adalah lebih baik bertanya dan sediakan pilihan gambar atau perkataan(jika mereka boleh membaca) untuk bantu mereka berkomunikasi.

"Just because I can't talk doesn't mean I don't understand what you are saying. My feelings can be hurt just like yours." 
sumber: fb Autism Spectrum Disorder, through my eyes.






Model hensem yang di tengah-tengah, itulah Abil :)

Sekian kelas Autisme 101 untuk hari ini.
Terima kasih!

**psst, pagi tadi rasa seronok bila jengah blog, ada komen-komen dari pembaca. semoga Allah murahkan rezeki anda :)


2 comments:

syafisyifa' said...

Hebat awak seorang ibu yang mempunyai anak seperti Nurhan nabil..mesti awak kuat semangat.kagum saya.

syida said...

tk syafisyifa'. anak istimewa ni satu anugerah, tapi ia juga lengkap dengan pakej ujian dan cabarannya.

Alhamdulillah, ujian saya ni kecil saja sbnrnya berbanding dengan orang lain.

kadang2 saya pun 'kalah' juga..masih berusaha untuk jadi ibu yang terbaik untuk anak2 saya insyaAllah..