Jan 8, 2015

Kurang Dari Seminggu

Tup tap dup dap..dah berbaki 3 hari saja lagi sebelum sesi persekolahan 2015 dibuka. Haihh..

Kalau seminggu yang lepas, masih berpasang-pasang lagi uniform sekolah anak-anak yang masih belum bergosok. Minggu ini, alhamdulillah, hanya tinggal beberapa helai saja lagi. InsyaAllah esok lusa dah boleh siap 100%.

Hari ini saya plan nak kemas beg sekolah bersama anak-anak. Sebenarnya dari semalam lagi saya nak buat. "Nantilah ma, buat cepat-cepat sangat...nanti boring dah takde apa nak buat.." skrip kak Dina.

"Oh gitu eh?"

Saya nak siapkan cepat-cepat supaya hati senang, dah tak nak fikir lagi pasal persiapan sekolah. Nanti esok lusa ada saja perkara-perkara lain yang tiba-tiba 'muncul' untuk diselesaikan. Mulalah semuanya tertangguh nanti.  Lebih baik dibuat sementara ada masa.  Lebih cepat siap, lebih baik, kannn?

Semalam, adik saya meng-update perihal anak buah saya, Maryam. Berumur 4 tahun, dia mula ke Tadika tahun ini.  Rasa terharu bila tengok gambar Maryam, first day in school kelmarin. Sekejap saja dah besar.  Makngahnya pun dah makin 'senior'. Allahu..

Hari-hari dan minggu pertama bersekolah ni, memang adatlah kalau ada yang menangis, meragam, meraung dan yang sewaktu dengannya.  Baru nak kenal sekolah, baru nak kenal cikgu, kawan-kawan, baru nak belajar dengar arahan, makan dan ke tandas sendiri (dibantu guru, bukan mak ayah sendiri). Anak buah saya si Maryam, tidak terkecuali.

Proses menyesuaikan diri ni biasanya makan masa juga, bergantung pada personaliti dan situasi anak-anak. Ada yang cepat adapt, ada yang lambat. Yang penting, mak ayah dan cikgu-cikgu kena saling bekerjasama.  Kena sama-sama sabar dan terus positif. Memang fasa anak-anak sedang membesar, kita sebagai penjaga amanah, kena hadap juga susah senangnya, kann?

Ok, back to persiapan sekolah anak-anak saya, semuanya beres insyaAllah. Sambil-sambil nak siapkan beg sekolah masing-masing, baru nampak beberapa buah buku tulis sekolah agama Zarif yang masih 'togel' hehe.

Saya kerah Zarif balut sendiri. Pembalut plastiknya yang instant je pun, pejam mata pun boleh balut haha. Tapi dia tak habis-habis mengomel, "banyaklah...susahhlah...ma tolongglahh..." Yang sebenarnya, dia sibuk nak main game.  Suruh balut buku tulis yang tak sampai 15 buah pun jadi satu masalah. grrrr...







Zarif: "Aik, adik balut buku tulis ni pun, ma nak amik gambar?"

hahahahaha

Apa nak buat, mak kamu ni blogger tegar. Layankan aje lah ye :)


Happy back-to-school semua!

semoga dipermudahkan. Amiin


4 comments:

Hayati Sulaiman said...

alamak....baca ni baru ingat buku teks kakak tak balut lagi...erkkk

syida said...

hahaha yati, ada masa lagi ni...pi balut cepat!

syafisyifa' said...

selamat kembali ke sekolah ya anak2 :)

syida said...

syafisyifa', tq! semoga semuanya dipermudahkan :)