Jan 8, 2015

Salah ke Beri Upah?


(sumber: Majalah al-Ustaz, Volume 03, No 33)

Ringkasan dari ruangan Fiqah Si Manja(halaman 82-83), 

Soalan: Apakah hukum memberi upah kepada kanak-kanak sebagai ganjaran melakukan ibadah seperti solat, puasa dan membaca al-Quran?

Menurut Ibn Khaldun, kanak-kanak senang melakukan sesuatu perkara jika merasakan keseronokan dalam perkara tersebut. Justeru, para pendidik digalakkan untuk memasukkan unsur keseronokan dalam pembelajaran.

Salah satunya ialah memberi upah dan ganjaran apabila mereka mencapai prestasi tertentu, samada berbentuk duit atau apa saja yang menggembirakan mereka.

Hukum perbuatan ini --> HARUS.

Ini kerana ia dapat memberi semangat untuk kanak-kanak melakukan ibadah dan kebaikan-kebaikan lain.  Ramai ulama yang turut mengamalkan kaedah ini kepada anak-anak mereka.

Ibrahim bin Adham pernah berkata kepada anaknya,"Wahai anakku, pelajarilah hadis. Setiap kali engkau mempelajari dan menghafal satu hadis, aku akan memberimu satu dirham." (syaraf Ashab al-Hadith)

Pada masa yang sama, ibu bapa perlu memupuk penghargaan dan kecintaan anak-anak kepada ilmu melebihi kecintaan mereka kepada hadiah. Fahamkan bahawa, tujuan menuntut ilmu bukanlah kerana hadiah, tetapi untuk menghapuskan kejahilan dalam diri.

-Gunakan ayat-ayat yang ringkas,pendek dan berbentuk ajakan.
-Semasa belajar, masukkan sesi bercerita, bersoal jawab dan berkongsi gambar.
-Lakukan secara santai, beri ruang pada anak-anak untuk bertanya dan bertukar-tukar idea.
-Ajak anak-anak mempraktikkan apa yang mereka pelajari.

Kanak-kanak sebenarnya rasa seronok jika mereka dapat melakukan praktikal(solat, membaca al-Quran, tugasan rumah) dan terlibat sama dalam pengajaran dan pembelajaran mereka, tak kira samada di sekolah atau di rumah.

Sekian perkongsian untuk hari ini :)

2 comments:

Puan Kutu said...

hukumnya harus,jadi pandai2lah nak tarik perhatian anak buat segala jenis kewajiban

syida said...

betul3! :)