Jan 29, 2015

Bukan Tomyam Kung



Memang bukan tomyam kung. Tomyam versi apa entah. hehe

Bila agak-agak masa untuk memasak agak terhad dan kudrat memasak tak berapa nak ada, saya suka pilih menu tomyam.  Simple. Sedap belum tentu haha.

Hari Khamis, anak-anak balik dari sekolah lebih awal dari biasa. Selesai kerja-kerja mendobi, mengemas bagai, haruslah memasak pulak.  Tengok jam, tinggal sejam suku je berbaki sebelum saya keluar menyupir (ambil anak balik dari sekolah).

Dengan kalutnya, terus saya capai daun ketumbar, serai, bawang, lengkuas, cili pagi, tomato dan baby carrot serta ayam (tak kelihatan dalam gambar). Saya ambil segenggam bihun dan rendam dalam air panas, biar ia cukup kembang dan lembut sementara menunggu tomyam ayam siap dimasak.

Oh ya, saya alergik makanan laut.  So, memang bertomyam ayam saja, udang dan sotong, tak termasuk dalam ini cerita hehe.

Tomyam versi saya (belajar daripada encik suami), blend saja tomato, bawang, lengkuas dan sedikit cili padi (jangan ditanya sukatannya, saya pun ikut sesuka hati dan sesedap rasa aje). Sementara itu, ayam direbus atas dapur bersama serai, kalau ada daun limau purut, silalah letak sehelai dua.  Jangan lupa masukkan carrot (atau sayur-sayuran lain pilihan anda).  Yang di-blend tadi, tuang saja ke dalam air rebusan ayam.  Kemudian tambah garam dan air limau secukup rasa.  Kalau rasa macam tak cukup pedas, silalah tumbuk atau patah-patahkan sedikit lagi cili padi.  Petik sikit daun ketumbar dan campak ke dalam kuah tomyam tadi. Tunggu sampai mendidih atau sehingga ayam betul-betul empuk sebelum dihidangkan.

Tak payah letak kiub tomyam pun ye, tuan-tuan dan puan-puan. Yang tiada masalah alahan seafood, boleh la masukkan udang dan sotong sesuka hati hihi.

Hasilnya, meleleh-leleh air mata, air hidung anak-anak saya, waktu makan lunch tadi. haha (hero-hero saya tak tahan pedas, maknya masak terpedas la pulakk)

Harap maaf, tak sempat snap gambar tomyam yang dah siap dimasak, supirmama bergegas nak keluar menjalankan tugas. hehe

Seronoknya esok Jumaat. Weekend sudah bermula di tempat saya. Malam ni boleh tidur dengan tenang. Tak payah siapkan uniform, beg sekolah atau fikirkan menu bekal dan breakfast anak-anak esok pagi. I like!

Al-Mulk sebelum tidur jom :)







11 comments:

Shahira said...

Assalam
Tak pernah pulak masak tomyam blender tomato semua. Kne cuba cara ni. Mana tau rasa lagi sedap? :)

syida said...

wsalam shahira,
haaa..sila..sila cuba :)

yg pastinya, bila blend tomato & bahan2 lain yg disebutkan tu, kaler kuah jadi cantek kemerah2 oren hehe

Mummydearie said...

Saya pernah buat pes tomyam sendiri. Itupun googlelah. Kalau sendiri keluar idea dalam kepala nak buat pes, memang sampai la ni tak jadi tomyam!

Oh, saya kemaruk beli daun limau purut dengan daun kari. Saya rasa kena buat tomyam ni tiap-tiap hari demi nak menghabiskan daun limau purut sebekas tu. Peninglah anak-anak dan suami tengok menu sama 24-7 :)

Puan Kutu said...

Ohh sama pulak menu kita.semalam sy berbuka masak tomyam jugak.to sy wat mi tomyam..version bodo2 je. Makannya pun dah lewat.kerja petang balik kerja ngam2 azan..

syida said...

mummydearie, perghh pes tomyam tu..hebakk *thumbs up*

sy pun sejenis yg google resepi stp kali nak masak...idokle pandai nak kerah idea masak sndiri haha

Pn kutu, versi bodo2 pun, kalau air tangan ibu, insyaAllah anak2 suka je kann? tomyam mmg sempoi..campak2 je, all in 1 hehe

Aisy Nasiha said...

Versi tomyam rumah saya tanpa seafood.. suami alah dengan udang dan ketam. Anak pula yang adik ni suka sangat makan benda tu. Jadi sekali2 makan la juga..

syida said...

Oo..sama la dengan kita, geng alergik seafood...tp kalu makan kat luar, mmg sesekali bedal aje (balik rumah, terus telan ubat ahaha)

QasehnyaRania said...

sama la menu ni dulu.. kalau masak di tadika mmg buat pes sendiri. tanpa ada kiub atau perasa.utk anak anak tadika makan kan.. hihi ;) mmg sedap..
cili j kna adjust ..

Jari Manis said...

sis JM ni tak pernah buat tom yam pes sendiri biasa guan pes segera tetapi still rasa x puas di tekak..nak buat pes sendiri x pandai ce kongsi sikit resipi tom yam dari Syikda nih :-)

syida said...

Qasehnya Rania, bagus la kalo anak2 tadika pun suka makan tomyam..senang nak buat hehe..tp mmg cilinya jgn lebih2, terbako semua nanti haha

syida said...

JM, kita nyer tomyam x pakai pes..main blend je tomato cili lengkuas bawang..yg lain2 campak je masuk periuk hehe