Jan 28, 2015

Rezeki Cendol


Ahad lepas, seorang rakan belanja saya makan cendol (gambar di atas). Ok, memang tak nampak cendolnya sebab saiznya halus-halus hehe, tapi tetap sedap. Dapat makan cendol free, harusslahh sedapp kan? Cuaca kat luar panas berdenting, Allah izinkan saya menghirup cendol sambil duduk-duduk menunggu anakanda saya berterapi. Oh! nikmat. Alhamdulillah :)

Pagi ini, saya belanja diri sendiri makan nasi lemak.  Beli dari warung tepi jalan aje. Sedap juga walaupun sekadar nasi lemak telur rebus dan bukan percuma. Rezeki juga. Perut kenyang, hati senang. Alhamdulillah :)

Bercakap tentang rezeki ni, saya teringat pada buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin). Saya suka baca buku ni berkali-kali, terutamanya bila terasa 'sempit' lagi menyempitkan haha.Buku ini menyebut tentang perkara-perkara yang mungkin kita dah lama tahu dan sedar, tapi kita lupa. Leka.  Bila baca semula buku ni, rasa 'sempit' terus bertukar menjadi lega, insyaAllah.


Ok nak kongsi sedikit ringkasan isi-isi penting dari Bab 18: Menjemput Rezeki dengan Sedekah.

"Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). "
(Al-An'am 6;160)

Oleh itu, formula paling berkesan menambah rezeki, 1-1=10. Sembilan syarat sebelum menggunakan formula di atas ialah;


Pertama, Yakin.

Kedua, Yakin.

Ketiga, Yakin.

Keempat, Yakin.

Kelima, Yakin.

Keenam, Yakin.

Ketujuh, Yakin.

Kelapan, Yakin.

Kesembilan, Barulah mula berdoa, beribadat dan bertindak!

1-1=10. Apa yang ditolak? Dalam maksud menjemput rezeki, 'tolak' itu bermaksud sedekah. Begini, setiap seringgit yang kita sedekahkan akan digandakan sepuluh kali. Berapa pun yang disedekahkan pasti dan pasti akan kembali lagi sepuluh kali ganda.

Andaikata wang boleh bercakap, ia akan berkata," Bukan setakat mendapat balasan sepuluh kali ganda, malah tuan akan terhindar daripada bala, rezeki tuan akan melimpah ruah, memudahkan jodoh dan kesihatan tuan akan bertambah baik!"

Wahhh, begitulah hakikat sedekah.

AJAIB. Namun ia bersyarat, iaitu mesti YAKIN.

"Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia."
(Al-Hadid 57:11)

1-1 pasti jadi 10, bukan kosong. Malah Allah yang Maha Kaya boleh membalasnya sehingga 700 kali ganda dan lebih lagi. Allahuakbar!

So, bila rasa 'sempit', terus memberi, memberi dan memberi. Jangan tangguh-tangguh. Segalanya pasti Allah balas.

Bila kita bersedekah secara mengejut, Allah akan datangkan rezeki secara mengejut juga.  Datangnya tak disangka-sangka. Memang AJAIB.
-------------------------------------------------------------------

Fuhh, sekarang faham kan, kenapa bila saya boleh jadi lega setiap kali membaca buku ni di kala 'sempit'? hehe

Ada banyak lagi tips menjemput rezeki; jaga solat dan solat di awal waktu, solat dhuha, solat tahajjud, zikir, mendoakan orang lain, membaca Quran, tekun berusaha dan sentiasa bersyukur.

Satu lagi, (peringatan untuk diri sendiri juga), apa sahaja yang memberi faedah kepada kita adalah rezeki. Sihat dan kuat tubuh badan, rezeki.  Lidah yang fasih dan lancar, rezeki. Kesabaran adalah rezeki.  Masa lapang pun rezeki.  Idea bernas dan kreatif juga rezeki. Peluk anak atau pasangan, rezeki. Hantar anak pergi sekolah, rezeki juga. Semua ini boleh membawa kita kepada rezeki yang lain.

Masa dan ruang untuk saya berkongsi informasi ini di ruangan blog saya pagi ini juga adalah rezeki.

Saya harap esok esok ada lagi rezeki untuk saya mem-blogging dan berkongsi info, insyaAllah. Amiin!

Sekian.

Keep Calm and Keep On Giving. Give to others and it will come back to you tenfold :)


16 comments:

Jari Manis said...

betul tu..setuju sgt dgn tips ni "jaga solat dan solat di awal waktu, solat dhuha, solat tahajjud, zikir, mendoakan orang lain, membaca Quran, tekun berusaha dan sentiasa bersyukur" TETAPI orgk ita ni nak rezeki murah tapi x nk buat tips ni camno huhuhu

Jari Manis said...

ishh lama betul x singgah sini ..sorry tau..ingat sebenarnya tapi kekangan masa so jgn merajuk tau sbb JM still ingat blogger yg pernah singgah di blog JM tu cuma kunjungan balas tu antara cepat or lambat je

syida said...

JM, kita phm la ke'busy'an awak..dont worry, x merajuk punya lahh insyaAllah hehe

Dunia Zumal said...

Terima kasih atas perkongsian... Zumal pun nak praktis step by step ^-^

nurbijen said...

Dah mula rindu nak hirup cendol ni... nyum nyum...

syida said...

jom jom zumal, sama2 kita praktis *thumbs up

sis nurbijen, utk peminat tegar cendol mcm sy, mmg sangat nyum nyum gitu ;p

Puan Kutu said...

Apa benda pun klu namanya free haruslah sedap,hehe

Bukan sedekah je kena yakin kan..semua benda yg kita buat pun kena yakin..barulah berjaya

syida said...

pn kutu, haha...tau xpe ;p

betul2, apa2 pun mmg kna sentiasa yakin dan pegang pada janji Allah. InsyaAllah berjaya :)

zarul farhana said...

bagus perkongsian ini...

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Cer buat air teh ais kaw2.. Lepas tu tambah cendoh n red bean yang besar tu.
Memang sedap..

syida said...

zf, tk..alhamdulillah..moga ada manfaat utk semua :)

Dr Syikin, tak prnh try lagi versi cendol teh ais tu..terliur dibuatnya huhu

Nurulshahira Mohdkassim said...

Betul, betul. Memang kena yakin yg rezeki tu Allah yg bagi.

Mak sy pun selalu pesan macam tu. Tang part solat awal waktu, dhuha, tahajjud pun sama.

Tq for the reminder:)

syida said...

nurulshahira, alhamdulillah. sama2..utk peringatan kita bersama insyaAllah :)

Mummydearie said...

Dah lama saya dengar tentang ini dan saya cukup percaya. Alhamdulillah, Allah tak pernah menghampakan saya :)

Cendol alahai.... lamanya tak merasa. Nak suruh buat sendiri, memanglah alahai... *mengeluhlagi*

Mama Kembar 3 said...

betul tu, apa sahaja yang memberi faedah kepada kita adalah rezeki. banyak rezeki kita sebenarnya, tp take for granted....

syida said...

mummydearie, sy pun spesis pandai beli & makan je...kalau tunggu buat cendol sndiri, x merasa la jawabnya ;p

betul2, janji Allah itu pasti :)

nani, biasalah kita ni manusia..cepat leka & lupa...ya Allah, ampunkan kami
:(