Jan 26, 2015

Nak Jadi BoboiBoy


Ini topi lama suami saya. Topi zaman universiti. Dah berlapuk pun. Zarif jumpa, dia suka dan dia jadikan topi 'Boboiboy' nya. Perkataan AIR tu merujuk pada 'kuasa air' Boboiboy.

Zarif peminat Boboiboy? Bukan setakat minat, tapi obses!

Tidur mimpikan Boboiboy. Topik sembang dengan maknya pun, topik Boboiboy. Saya yang hanya tahu sikit-sikit pasal Boboiboy ni pun, terpaksa buat-buat macam tahu banyak hehe. Bila bersembang, lagaknya memang kena ala-ala bersembang dengan 'rakan sebaya' (pada anak) ;p

imej google


Sebut pasal anak ni, saya teringat pada satu artikel yang dikongsikan rakan facebook, beberapa hari yang lepas. Saya sengaja bookmark page tersebut supaya boleh dirujuk dari semasa ke semasa (peringatan bersama).


Cara Efektif Membangunkan Jiwa Anak-anak:


1. Bersahabat Dengan Anak: Selalulah luangkan masa bersama anak-anak, jadi pendengar setia, jadi peneman di saat susah dan senang, dorong dan beri semangat pada anak-anak.


2. Menggembirakan Hati Anak: Layan anak dengan baik, cium, riba dan peluk anak selalu, usap kepalanya, berikan makanan yang baik dan makan bersamanya.

3.Wujudkan Persaingan Sihat dan Berikan Ganjaran: Semangat bersaing akan menjana potensi anak-anak secara positif.  Ganjaran pula adalah hadiah motivasi yang berkesan.

4.Memotivasikan Anak: Beri dorongan jiwa kepada anak-anak, pupuk semangatnya agar anak-anak jadi berani dan tidak mudah menyerah kalah.

5. Puji dan Bergurau Senda dengan Anak: Pujian boeh membangunkan emosi yang positif dan membantu mengeluarkan potensi atau bakat terpendam.

6. Membangunkan Kepercayaan dan Keyakinan Diri Anak: Sokong kemahuan mereka dan latih anak-anak agar menjaga rahsia (amanah). Biasakan anak-anak berpuasa. Kemampuan menahan diri daripada rasa lapar dan dahaga adalah satu kejayaan.  Bekalkan anak-anak dengan sumber ilmu (alQuran, hadis dan sirah Nabi).

7. Memberi Panggilan Yang Baik kepada Anak: Rasullullah saw sering memanggil mesra anak-anaknya  'Wahai Anakku'. Anak-anak yang mendengar ungkapan tersebut akan merasa dirinya 'dekat' dengan Rasulullah saw.

8. Memenuhi Keinginan Anak: Memenuhi kehendak anak-anak biarlah bertempat dan rasional. Apapun, ini adalah pendekatan psikologi yang efektif untuk menambat hati dan membentuk emosi positif antara anak-anak dan ibu bapa. 

(Baca artikel penuh di sini: Rasulullah s.a.w Bapa Mithali)

Berbalik kisah Boboiboy, ada satu soalan daripada Zarif yang selalu buat saya speechless; "Ma, kalau adik doa mintak Allah bagi adik superpower macam Boboiboy, Allah bagi tak?"

"Hmmmmmmmm...Ma tak tahula dik. Allah je yang tahu." jawab saya dengan muka yang berkerut-kerut. huhu
Errr..kalau anda di tempat saya, apa jawapan anda?

Sekian cerita di tengah malam Isnin. InsyaAllah nanti saya sambung cerita lagi :)

Parenting is not a practise. It's a daily learning experience. (quotepix.com)


13 comments:

Dunia Zumal said...

Entri nie kena beri someone yang datang ofis kami semalam baca, baru dia sedar agaknya...

Nooriah Abdullah said...

entry yg bagus ni, boleh jadi panduan utk anak2 kaknoor, tapi kalau ikut sunnah nabi kita insya allah tk akan lari jauhhh ..

Puan Kutu said...

Kreatif ye zarif,siap lekat perkataan air dekat topi.minat anak selagi boleh layankan aje,kanji depa happy

syida said...

zumal, 'yang itu' bukan setakat kna bagi baca pasal parenting cara Nabi saw, kna di-brainwash gak kot huhu

k noor, betul2...ikut macam Nabi, selamat dunia akhirat insyaAllah :)

pn kutu, selagi tak melampaui batas, mmg kna layankan aje..as long as dorang happy kann..

Jari Manis said...

minat sgt boboi lah nih

syida said...

JM, peminat tegarrr gituu hehehe

nurbijen said...

Nice sharing...
Alamak, saya pun terkedu dgn soalan last tu....
Cuma mungkin saya tambah, Kalau kita minta benda yg baik2, Insya Allah Allah akan bagi...

syida said...

haa...bagus jawapan tu sis, boleh saya bagitau zarif nanti..tq! :)

zarul farhana said...

bagus ni... nanti ada ank boleh saya apply

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Thanx for sharing.
Samalah anak saya..tak boboiboy, upin ipin.

syida said...

zarul farhana, haa..sila..sila...bagus ikut cara Nabi saw. mmg positif belaka :)

Dr Syikin, mmg hebakk la org yg cipta boboiboy & UpinIpin tu...majoriti bebudak suka sangat!

Mummydearie said...

Alahai, budak-budak sekarang ni! Selalu je tanya soalan cepu cemas tau! Saya pun selalu je kena 'serang' dengan soalan-soalan panas dengan superheroes di rumah. Kalau tersilap jawab, memang sendirilah yang kena balik!

Anak bongsu saya peminat UpinIpin. Sekarang ni nama samarannya 'Mail' :)

syida said...

hahaha comel la 'mail' tu..sy pun suka layan upin ipin dgn anak2, skripnya selamba & sempoi...terbaekk :p