Jan 20, 2015

Macam Comel Je

Antara tugasan saya sehari-hari, sediakan menu bekal ke sekolah untuk anak-anak saya. Memang pening. Yang seorang, seleranya begini. Seorang lagi, seleranya begitu. Maknya pulak tak berapa nak rajin dan tak berapa pandai nak masak macam-macam. huhu

Alhamdulillah, tahun ini rezeki Abil, dapat makan percuma setiap hari (bawah Rancangan Makanan Tambahan). Semua murid pendidikan khas secara automatik, dapat kemudahan ini. Rezeki :)

Sebenarnya, RMT ni dah mula dari tahun lepas (untuk Abil). Tapi tahun lepas, Abil masih mahu makan bekalan yang saya sediakan. Tahun ini, menu yang lebih pelbagai dan lebih sedap (mungkin), berjaya menarik minat Abil untuk makan menu percuma di kantin secara berjemaah (dengan kawan-kawan). Syukur.

So, tugas saya lebih ringan sikit tahun ini. Hanya perlukan sediakan bekal untuk Zarif. Dia darjah 3 tahun ini. Tahun lepas, pernah minta duit poket lebih sebab nak cuba beli makanan di kantin.  Selepas lebih kurang dua bulan, ada satu insiden sakit perut dan cirit birit berlaku (pada Zarif), terus dia serik dan hanya mahu makan bekal dari rumah. Mak tak kisahlah, janji makan :)

Selera Zarif ni tak sesusah mana untuk dipenuhi.  Boleh makan apa saja. Cuma, saya kena sediakan satu untuk ke sekolah kebangsaan, satu lagi untuk dia makan sebelum ke sekolah agama. Jarak masa antara waktu balik dari sekolah kebangsaan dan sekolah agama, sangat rapat. Hanya selang satu jam. Jadi, saya tunggu dia balik dari sekolah agama, baru sempat beri makan nasi (atau menu lain yang berat-berat). Menu tengahari (sebelum ke sekolah agama), yang ringan-ringan, ala-ala snek saja. Cukup untuk alas perut.

Panjang la pulak ceritanya haha. Ok, nak kongsi gambar mini burger (salah satu menu bekalan zarif). Saya guna baby bun yang saya beli dari bai roti. Sekeping burger ayamas, saya potong empat. Letak salad dan cheese sikit. Tabur pepper pada burger, calit mayonis sikit pada roti. Sos cili? No-no! Hero saya sorang ni tak tahan pedas hehe.








Comel je. Sekali ngap dah habis hehe. Senang la Zarif nak mengunyah dalam kereta, waktu ke sekolah agama.

Apa menu bekal anak-anak anda?

Selasa yang happy. Jumpa lagi :)



8 comments:

syafisyifa' said...

kreatif cara bekalan tu.rajin.saya tabik :)

Puan Kutu said...

Anak sy biasa balik lunch kt rumah dulu sebelum ke sekolah agama.jadi dh kenyang makan nasi petangnya bagi duit utk makan ringan2 macam roti

syida said...

syafisyifa', tak kreatif mana pun hehe..main redah aje..asal nampak sedap, jalannn hehe

pn kutu, baguslah kalo sempat menyantap nasi time tghri..hero saya sorang ni, gastrik..sek pulak agak jauh dari rumah. terpaksalah alas perot je dulu time tghri..apa pun, alhamdulillah :)

Dunia Zumal said...

Alahai comelnyer burger tu... Rasa sayang nak makan ^-^

syida said...

haha kann? tapi da penat2 buat (walaupun xdela penat sangatt ;p) kena la makan jugakk hehe

hainom OKje said...

Rajin rupanya awak yer Syida....Okje bawak duit je hihi....
Alahai nak bangun pagi nak menyiapkan bekalan tu yg malas. So okje sediakan sarapan jer....

Mummydearie said...

Anak saya yang di Tahun 3 pun sangat mudah. Walaupun dia picky eater, dia tak suka bekal yang heavy untuk dimakan waktu rehat. Selalunya minta roti sapu marjerin/jem, sosej, roti telur dan yang mudah-mudah je. Senang hati Mommynya tak lintang pukang pepagi hari!

syida said...

hainom, ini kes terpaksa merajinkan diri haha

mmg ok je bwk duit pun, janji makan :)

mummydearie, i like selera anak2 yg simple2...mmg senang hati mama haha