Feb 4, 2015

Cerita Budak Hostel

Hari ini, hari pendaftaran pelajar baru mrsm.  Semalam, waktu kami melawat kak Dina, dia sibuk bercerita tentang tugasannya untuk hari pendaftaran tersebut (hari ini).

Saya masih ingat lagi tahun lepas, waktu kami menghantar kak Dina ke sekolah barunya. Beberapa hari sebelum hari pendaftaran, kak Dina yang nak masuk sekolah asrama, maknya yang senak-senak perut, tidur tak lena. haha

Rasa suka, bangga, sedih, risau, berdebar, teruja. Semua ada. Berselang-seli.

Ayahnya 'maintain cool' (dalam hati, hanya Allah yang tahu). hehe

Oleh kerana saya dan suami masing-masing pernah bersekolah asrama, kami pastikan persiapan untuk Kak Dina secukup keperluannya, tak lebih dan tak kurang.

Kebanyakan anak-anak sekolah asrama hari ini, sangat bertuah. Telefon bimbit dibenarkan (yang basic saja, bukan smartphone). Kemudahan dobi di asrama pun dah banyak, tak macam dulu. 

Bercakap tentang mrsm pula, kelas, tandas dan dorm-nya cantik dan selesa.  Cuma satu saja kak Dina selalu merungut, tak ada water heater. haha (bukan masalah besar pun, dapat mandi pun dah kira syukur ;p) 

Ini belum masuk kisah hantu/jin/makhluk halus atas tangki air, di tandas, histeria dan sebagainya. hehe


Tinggal di asrama, Belajar hidup. Kalau susah tu, adatlah. Kalau senang, alhamdulillah.

Membiasakan diri dengan rutin dan kemudahan di asrama adalah satu perkara. Yang lebih penting ialah bagaimana anak-anak ini 'membawa diri'.  Belajar berkongsi, bersosial, memberi dan menerima kelebihan dan kekurangan orang lain.  Hidup berjemaah ni, bukan senang. Tapi kalau kena caranya, insyaAllah akan jadi 'catatan sejarah' yang terbaik dalam hidup. Betul tak?

Tahun lepas, kak Dina junior di sekolah. Hari-hari awal di sekolah asrama, selalu juga beliau menangis. Tapi saya hanya tahu tentang ini, hujung tahun lepas.  Minggu-minggu awal di sekolah asrama, berselisih faham dan 'bergaduh' juga dengan kawan-kawan. Sayalah tempat dia mengadu. Selain nasihat, doa sajalah yang mampu saya beri.  Banyak juga 'drama' yang berlaku di sekolah dan di asrama, selagi tak melampaui batas, saya dan suami minta kak Dina tenang-tenang aje. Selagi tiada kes buli membuli secara fizikal atau ekstrem, selagi itulah kami nasihatkan kak Dina untuk 'keep calm and enjoy life'.

2015, beliau masih seorang junior, tapi bukan freshie lagi. Dah masuk tingkatan dua. Alhamdulillah, berbaloi beliau korbankan rasa takut, sedih, gementar, tak selesa, benci, menyampah dan yang sewaktu dengannya, sepanjang tahun lepas.  Bukan semua orang mampu bertahan hidup di asrama. She survived her first crucial year.  Alhamdulillah :)

Semalam, waktu saya membeli barang dapur di hipermart, ada beberapa anak remaja sebaya kak Dina  (dan ibubapa mereka) sedang sibuk membeli barang-barang keperluan seperti hanger, baldi, bakul, kain cadar dan sarung bantal, tuala dan stok makanan kering. "Masuk asrama la ni kot..." saya berbisik dalam hati. All the best..

Bila saya berkongsi cerita kak Dina di asrama dengan rakan baik saya. Ini responnya, "Scary kan, bila anak-anak dah masuk sekolah menengah, macam kita dulu-dulu!" 

errkk, Memang scary, rasa nak pengsan pun ada. haha




(Lihat gambar) Semalam, semasa kami bersantai petang di sekolah kak Dina.  Untunglahh sekolahnya lebih kurang 30-40 minit saja dari rumah, bolehlah jenguk selalu :)

Ok. Time to go.  

**psst, teringat kenangan jadi budak hostel dulu-dulu, kan?


A daughter is a little girl who grows up to be a friend.


22 comments:

Shahira said...

"Membiasakan diri dengan rutin dan kemudahan di asrama adalah satu perkara. Yang lebih penting ialah bagaimana anak-anak ini 'membawa diri'. Belajar berkongsi, bersosial, memberi dan menerima kelebihan dan kekurangan orang lain. Hidup berjemaah ni, bukan senang. Tapi kalau kena caranya, insyaAllah akan jadi 'catatan sejarah' yang terbaik dalam hidup"
~ Betul. Sy setuju:)

syida said...

Shahira, tq..rugi tau kalo xde pengalaman duduk asrama..kenangan pahit, manis, gembira, sedih, semua ada. All in 1! hehe

Dunia Zumal said...

sekarang macam2 dah ada kat asrama tak macam zaman zumal dulu-dulu... serba kekurangan (tapi tak duk asrama pun) Hehe ^-^

Nur Inani said...

samalah kita akak. nani dulu pun duduk asrama jugak. cuma waktu f5 lah best sikit sebab jdi ketua kan. ada bilik sendiri takyah kongsi kongsi dengan orang lain. hahaha

Puan Kutu said...

Klu tak biasa tinggal diasrama mmg homesick sikit.dh lama2 oklah..sy dulu tak suka duduk diasrama sebab tak suka dikonkong..tak suka belajar ikut masa..tp byk juga kebaikan dok asrama ni..baru belajar berdikari..

Kak Dina untunglah..asrama dekat sangat dengan rumah.

syida said...

DZ, sebenarnya kemudahan dekat asrama ni tgk pada sekolah jugak..kalo sekolah berasrama penuh yg dah berpuluh tahun tu, paham2 ajelah keadaan asramanya tapi mmg overall lebih baik daripada dulu :) kenangan hidup dengan kengkawan tu yg mahal sbnrnya hehe

syida said...

Nur Inani, bila da jd f5, harusslah seronok..senior kannn ^^ hehehe

syida said...

pn kutu, homesick tu mmg masalah utama, walaupun asramanya selangkah je dari rumah haha
sek kak dina ni nak kata dekat sangat tu, tak jugak..tapi bolehlah..menyeberang daerah aje..zman saya dan ayahnya dulu, merentas negeri..

bab terkongkong tu, pernah gak sy rasa macam tu dulu..rasa macam 'terpaksa' jadi robot..semua kna ikut time & jadual..tapi bila da jumpa geng, lupa semua ;p

kehidupan sihat said...

salam perkenalan akak :)

syida said...

salam & hi diyana :)

Nadirah Mohamad said...

Nad still remember waktu mula-mula nak ke asrama. Nad masuk waktu form 4. Uihh kecut perut sangat....stress je manjang...ada juga nangis tak mau pergi...homesick macam apa jer....hehe

syida said...

nad, kita pun masuk asrama time f4..homesick gak..tapi bila dah start adapt, alhamdulillah ok..cuma ms f5, salu stres belajo, mula la asyik nak call mak & nak balik aje haha

kak dina ni kira terer la, masuk asrama ms f1 and she adapted well (so far).syukur! tapi kitorg pun every weekend jmpa dia, kalau homesick gak..x tau nak ckp apa dah..hehe

Mummydearie said...

Oh, anak dara Syida dah masuk Tingkatan 2 rupanya!

Anak saya baru 9 tahun tapi saya dah beritahu yang dia tak akan dibenarkan masuk asrama bila masuk sekolah menengah nanti. Hahaha. Lagipun tak mungkin anak saya dapat sebab bapanya bukan warganegara! So selesai masalah Mommynya :)

Teringat zaman duduk di asrama dulu. Parents saya pun setiap minggu datang. Bukan setakat melawat aje, habis stok makanan dibawa sama. Mak masak-masak lagi nasi dan lauk-pauk untuk makan-makan di gazebo! Kalau dah balik ke rumah untuk bercuti, rasa macam tak mahu balik-balik ke asrama semula. Nasib baiklah survived juga *_*

Anak Syida kat MRSM mana ni?

aryan azra said...

bagus kak dina..kecik2 dah duduk asrama,acik dulu upper six baru duduk asrama itupun sebab kena paksa hahaha..paling takut nak duduk asarama

syida said...

mummydearie, sy kawen muda..masa blaja hehe..tp dapat kdina lps grad :)

kalau ikut maknya, mmg tak rela anak masuk asrama..sedihhh woo..dah le baru f1.kalo masuk time f4, leh tahan lagi sbb dah dewasa sikit..apapun, so far so good alhamdulillah..

kak dina masuk mrsm paling selatan sekali kt semenanjung ni hehe

kami pun sejenis yg berpiknik bila time melawat kak Dina..meriah hehe

syida said...

Aryan A, memula tu kak dina takmo gak masuk asrama..habis tu, bila dapat offer, syg pulak nak tolakk..rezeki, alhamdulillah..awal2 biasalah, rasa susah...tp now dah biasa, insyaAllah semua ok :)

Jari Manis said...

anak Syida dh masuk sekolah menenganh? kiranya perlu call u ak Syida lah ni ye heee

umi alya said...

Kami hantar jer anak dara k asrama, biar belajar berdikari

syida said...

JM, anak je sek men, maknya 'remaja' lg ahaks.kita 38 this year, JM? ;p

syida said...

umi alya, hntr ke asrama utk blaja berdikari. setuju! :)

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Hehe..dekat sangat tu.

syida said...

sbnrnya kan, Dr Shikin, maknya ni mmg sengaja pilih yg dekat2..senang nak visit selalu. anak baru 13 tahun, belum sedia ku 'lepaskan' lagi sbnrnya huhu

memula apply gak sek berasrama penuh (SBP) yg lebih dekat dgn rumah ni, 15-20min je leh sampai...tapi xde rezki nak sekolah kat situ..akhirnya kak dina dapat offer mrsm yg berdekatan ni...teruslah terima..alhamdulillah