Feb 1, 2015

Minum Susu Unta?

sumber: Gr8tergud


Sebelum ini, saya pernah dengar tentang khasiat susu unta untuk masalah autisme (kajian oleh Dr Yosef Shabo dan Dr Reuven Ragil). Saya dapat info dari rakan-rakan (ibubapa anak autisme). Di kalangan kami, masing-masing pernah berusaha mencari jalan, bagaimana nak dapatkan susu unta ni. Ada yang mahu kirim dengan kawan-kawan atau saudara mara yang ke Mekah/Madinah untuk mengerjakan umrah atau haji dan pelbagai cara lagi difikirkan (faktor kos pastinya jadi priority). Akhirnya, isu susu unta 'senyap' begitu sahaja. Penat berfikir tapi semua tak jadi haha

Autisme tiada penawar (katanya), tapi banyak rawatan boleh dilakukan untuk mengawal dan meminimumkan simptom-simptom autisme dan membantu individu autisme menjalani rutin kehidupan sebagaimana individu tipikal, seperti kita.

Baru-baru ni, dengarnya sudah ada susu unta dijual di Malaysia, didatangkan dari Dubai. Mengikut sumber, setakat ini, ia hanya boleh dibeli di Village Grocers, Bangsar Village. 

Ada beberapa perisa susu unta; perisa original, coklat, strawberry, kurma dan saffron. Berat kandungan; 250ml.  Harganya saya kurang pasti.  Dengarnya, sedikit mahal berbanding fresh milk biasa. Al-maklum la kan, susu unta ini di-import.  


Kalau susu unta dikatakan baik untuk autisme, dah tentu ia juga bermanfaat untuk semua. Hasil carian google, berikut adalah antara kebaikan susu unta;

-kadar susu di dalam susu unta adalah sangat tinggi, 84-91%. Tiada mana-mana susu yang dapat menyamai kadar ini. 

-ia mengandungi vitamin c, juga mampu melawan racun dan bakteria.

-sejak dulu lagi, penduduk arab mengamalkan minum susu unta untuk merawat sakit perut, bengkak, asma, masalah hati dan kencing manis.

-susu unta rendah lemak dan kolestrol, sebaliknya ia kaya dengan potassium, zat besi dan mineral.

-kadar laktosa pada susu unta adalah lebih rendah daripada susu lembu. Ia adalah susu paling bernutrien selepas susu ibu (berbanding susu kambing dan lembu).

-bagus untuk merawat gastrik dan luka pembedahan.

**sumber: susuuntaonline.com.my



--------------------------------------------------------------------------------------------------

Haihh, kalaulah Bangsar Village tu dekat saja dengan rumah saya, memang dah lama pergi beli susu unta segar ni.  Nak juga cuba.  Manalah tahu kan, serasi untuk Abil. Untunglah orang-orang KL..

Selain belikan untuk Abil, saya sendiri pun teruja nak rasa. hehe

Anda pernah minum susu unta??





14 comments:

Puan Kutu said...

Pernah dengar pasal susu unta tp belum ada rezeki nk rasa..Katanya import,ssh nak dpt kat sini kan

syida said...

a ah, betul tu sis.
Kalau dah mula ada permintaan kat sini, rasanya tak lama lagi ada je potensi orang mula menternak unta kat msia (errr, bole ke?)

shahira said...

Tak pernah rasa pun susu unta. First time jugak dengar ni.

Tapi, kalau KL memang mcm2 ada. Untung betul. Kesianlah org yg duk jauh mcm sy di Tawau ni. Dpt dgr berita je lah

syida said...

shahira, tu la pasal..jelesss sama orang KL...cepat2la susu unta ni sampai ke market jb & tawau hehe

Mama Kembar 3 said...

alaaa apsal kat village grocers jer ada... jauh gak nak pi situ huhuhuhu

syida said...

nani, jom nangesss sama2 huhuhu

Cik Sal said...

saya ni jenis yang susah sikit nak minum susu... lagi2 warna putih.. susah ya amat
selalu minum yang berperisa je.. heheee
susu unta tak pernah jumpa ..
tapi kalau pergi kedai pak arab , ada gak nampak susu yang dipaket kecil2 tapi dah beku.. jadi macam coklat gitu..

syida said...

cik sal, sy pun lbh kurang awak.liat minum susu & lebih suka yg berkaler2, berperisa.

kat jb ni xde la pulak kedai2 pak arab, kalo x, leh gak ushar2 kot2 ada jual susu unta :p

QasehnyaRania said...

belim pernah merasa juga..
thanks dear berkongsi info ni

Jari Manis said...

x pernah minum dan belum pernah lihat packaging tu..mmg hanya ada jual di Bangsar je ke Syida

syida said...

Qasehnya Rania, no prob :)

JM, dengar2nya mcm tu lah, buat ms ni, ada dijual di Bangsar Village aje

Mummydearie said...

Saya pun tak pernah merasa susu unta ni. Sebenarnya bab-bab minum susu ni, saya memang lemah jiwa raga bila dah tua ni. Tak tahulah kenapa.

Alahai, kat Bangsar Village je ada? Jarang pulak pi sana...

Nazam Lebaran said...

Saya ada susu unta segar untuk dijual (250g). Diimport dari UAE.

Hubungi 012-324 5500 untuk tempahan

Nazam Lebaran said...

Lupa pula. Kawasan ampang dan sekitar.