Feb 18, 2015

Siap Sedia

Siap sedia untuk apa? ...semestinya untuk cuti! :p

Cuti tahun baru cina yang ditunggu-tunggu. Rabu yang dinanti-nanti. Bagaimanapun, kak dina masih di sekolahnya. InsyaAllah dia akan pulang menjelang petang nanti. #budakhostel





Zarif dan Abil masing-masing dah mula bercuti hari ini.  Mode santai saja kami bertiga beranak pagi tadi.  Kerja-kerja sekolah pun dah siap semuanya malam semalam. Saya kerah supaya ia disiapkan awal. Cuti tahun baru cina memanglah sehingga hari Isnin. Tapi lebih baik buat sekarang, daripada ditangguh-tangguh. Kejar masa lapang sebelum sibuk :)


Pagi ini, tak disangka-sangka, rezeki 'masuk'. Tiba-tiba ada tempahan mee goreng (bungkus) untuk 120 orang.  Saya, Zarif dan Abil yang kebetulan sedang bersarapan di restoren pak mertua, terus diarahkan untuk bantu tugas membungkus. Tak sampai sejam, tugas kami selesai. Alhamdulillah.

Sejak kelmarin juga, saya dah mula packing beg 'balik kampung'. Tak sabar nak balik jumpa mak, Oh ya, anak buah baru saya dah selamat dilahirkan awal pagi tadi.  Subhanallah, rahmat-Nya untuk kami sekeluarga. Syukur!

Yang akan travel sempena cuti ni, selamat bermusafir dan hati-hati di jalanraya.
Yang tidak kemana-mana, selamat berjimba, have a good rest!
Yang bekerja walaupun di hari cuti umum, semoga dipermudahkan urusan bekerja.

Sekian.

16 comments:

Mummydearie said...

'Laju'nya baby lahir :) Dapatlah Zharif, abang dan kakak tengok baby comel ya. Ni nanti kalau Zharif minta adik baru macamana Ma? Hahaha.

Saya pun kalau kata nak balik kampung mesti kena sindir dengan suami bila tengok saya mengemas beg. Dikatanya 'Napa tak sewa lori je bawa satu rumah balik kampung?' Cuba teka yang nak sewa lori bagai tu baliknya berapa hari?

...sehari jerk *_*

syida said...

MD, soklan nak adik baru tu, da biasa berlaku hehe maknya xde jawapan, selain suruh doa lagi dan lagi ;p

apakah yg di packing kan smpai hubby mu kuar stetmen suruh sewa lori tuuu hahaha

Jari Manis said...

Seronoknya nk balik kg..hati2 di jalan raya

ingatkan kat Syida yg goreng mee tu utk 120 org..tlg bungkus ke heee

Happy holiday dan tahniah kerana dapat saudara baru

syida said...

yolahh, kita tlg bungkus jek. kita x pandai masak, makan je terer hehehe

happy holiday to u too JM :)

Nooriah Abdullah said...

seronok kampong dekat kan, kalau akak aduiii beribu batu sabo jelah huhu...

Puan Kutu said...

Selamat balik kmpg syida.seronok cuti dpt balik kmpg.sy raya 1st cuti,raya 2nd keja..tp en suami kerja,tak kemana2lah kami..

Nurul Shahira said...

Selamat bercuti :)

Dunia Zumal said...

Teringin pulak tengok mee goreng tu... Selamat bercuti dengan family yer ^-^

Puan Wawa said...

S3lamat tahun baru cina mama..")

Hepy holiday..")

aishah nin said...

Happy holidays kak!!! hihi

syida said...

alahai knoor, sedih pulak sy baca komen akak tu huhu sabar ye

PK, keje ke, cuti ke, yg penting happy2 selalu k :)

Nurul Shahira, selamat bercuti utk awak juga..org lain yg raya, kita yg over hehe

syida said...

Zumal, cepat je mata nampak mee goreng tu ye? hehehe

Pn wawa, selamat berehat2 cuti pendek Gong Xi Fa Cai ;p

aishah nin, tq! same to u :)

Aisy Nasiha said...

Bagusnya balik kg pun ingat lagi ada homework ya.. bgus Zarif.. syokla daoat balik kg tengok anak buah baru.. kami tak ke mana2 pun cuti kali ni Syida..suami satu2nya staf bukan Cina dalam jabatan dia jadi mng kena kerjalah..

syida said...

AN, sblm balik kg, akak mmg make sure homework anak2 semua siap..kalo tggu halik dari kg, bila da smpai rumah nnti semua penats & kaluts huhu

suami AN kna keje ye..alahai..xpelah, susah2 dahulu..senang2 time raya aidilfitri nnti insyaAllah :)

MNH SASTERA MELAYU said...

bestkan kalau boleh cuti selalu. haha

banyaknya masak mee sampai 120 orang makan.

syida said...

betul2..kalo dpt cuti2 selalu mmg best..tetiba terngiang2 lagu "Kalau aku kayaaa.." hehe

masak tu, ikut tempahan customer..tp sy tukang bungkus jek! hehe