Mar 31, 2015

Ada Apa Dengan April



Ada apa dengan April? Ada GST! haha

ok ok..tak nak cakap pasal GST kat sini.


April. Bulan Kesedaran Autisme.


Warna tema untuk bulan kesedaran autisme adalah biru. Saya tak banyak baju warna biru. Tapi insyaAllah, saya akan usahakan untuk memakai seberapa banyak baju biru yang ada sepanjang bulan April (kengkawan, jomm!)

Selain daripada GST dan bulan kesedaran autisme, ada apa lagi dengan April? Yang saya tahu, sepanjang bulan April, tiada cuti umum. huhu

"Yeayy, adik suka bulan April!" skrip Zarif tempohari waktu kami sama2 tenung kalendar. hehe

"Kenapa?"

"..sebab lepas April, bulan Mei kan ma? birthday adik dah dekat!"

Alkisahhh. Nampaknya ada orang sudah bagi 'hint' untuk sediakan hadiah, hari lahirnya dah semakin hampir
 :)

Sementara tunggu bulan Mei, kita 'redah' bulan April dulu. Rabbi Yassir wala tua'ssir. Amiin!




Cherish all your happy moments. Smile.


10 comments:

hainom OKje said...

Selamat datang bulan kelahiran ku....moga Allah masih beri peluang kepada diri ini untuk menambahkan amalan lagi huhu

Nurul Shahira said...

hari Jumaat ni, Sabah cuti good friday. Hehe. Kira 1 hari cuti umum lah tuu :)

syida said...

hainom, insyaAllah..amiin..

Sha, huwaaa..nak pindah Sabah utk sehari..nak cuti good friday jugakkk haha

eima said...

kejap je masa berlalu .....

Mummydearie said...

Bulan April untuk saya takda apa-apalah *_* Cuti umum pun takda. Oh, sedih hiba sangat rasanya bila kena kerja 22 hari. Menggagau nak cari mc. Hahahah!

Alaa... aunty takda sekoyan baju warna birulah, Abil! Tapikan tanpa kuketahui bulan April ni bulan autisme katanya, hari ni dah pakai baju biru ^_^

Puan Kutu said...

betul bulan April takda kelepasan am.takde OT.haha..mggu depan katanya ada budak baru nak masuk opis ni.lagilah takda OT.hahaha..

gst tu nak tak nak kena hadap jugak.

sy lagilah takda baju biru..camna ni.huhu..

syida said...

hehe MD, kebetulanla pulak ye..berbaju biru hari ni..alhamdulillah..

mama abil ni pun berapa lai je baju birunya..hari ni pun i berjubah hitam, corak bunga2nya & tudung kaler biru :)

PK, bertabahlah..huhu
takde baju biru pun xpe ..yg penting amek kesempatan belajar kenal serba sikit tntg autisme bln ni insyaAllah (err...abis mu banyak baju kaler apa? *bz body*)

Dunia Zumal said...

Zumal hanya tahu April bulan GST bermula jer. Hehe ^^

Jari Manis said...

oh...besday Zarif on Mei..patutlah dia suka :-)

syida said...

DZ, GST?! huhuhuhu

JM, tu la psl..hari2 dia kira kat kalendar, bila nak masuk bln mei hehe