Mar 27, 2015

Cerita Budak Hostel II


Ini bukan iklan aiskrim Wall's. Inilah 'buah tangan' kami semasa menjengah kak Dina di asrama petang tadi.  Dia memang 'hantu' aiskrim. Selepas bersalam-salaman dan berpelukan semasa berjumpa tadi, inilah yang dia 'terkam' dulu. Dah luak hampir separuh, baru dia 'pandang' makanan lain.

Cuaca panas. Berkumpul anak beranak. Bersembang. Makan bersama di bawah gazebo yang redup dan berangin. Nikmat :) #Alhamdulillah

Sejak kak Dina pulang ke asrama awal minggu ini, ada peraturan baru. Semua pelajar diminta menyerahkan telefon bimbit masing-masing untuk disimpan di koperasi sekolah dan hanya dibenarkan untuk mengambil dan menggunakan telefon pada hujung minggu sahaja (petang Khamis- petang Sabtu).

Objektifnya, mencegah pelajar daripada menghabiskan terlalu banyak masa dan $$$ (membeli kredit) kesan bermain sms dan 'bergayut' di telefon. Katanya, ada kes pelajar yang tidur lewat kerana leka dengan telefon. Untuk pengetahuan anda, di asrama, memang tak ada telefon awam dan pelajar boleh menggunakan hanya telefon bimbit yang 'basic' (bukan smartphone).

Saya ok je, walaupun mulanya terasa 'kehilangan'.

Begini, setiap malam, sebelum tidur, memang dah jadi rutin saya dan kak Dina. Berbalas sms. "Salam ma..goodnite. I love you." "Wsalam. Goodnite, Luv u too."

Begitulah message-nya setiap hari. Ya, hari-hari. Diselang-seli nasihat dan luahan hati serba ringkas, sebab kami berbalas sms selepas dia pulang dari 'prep' (kelas malam). Biasanya sekitar jam 11-12 tengah malam. Masing-masing dah penat, jadi memang dah tak cukup kudrat nak berbual panjang. Lagipun, saya mahu dia segera tidur, selain saya sendiri pun nak cepat-cepat lena ;p

Bagaimanapun, rules are rules. Selagi ianya bertujuan baik dan tidak menyusahkan, kita follow ajelah. So sekarang, tiada lagi sms malam-malam buta pada hari persekolahan. Khamis petang dan malam, barulah telefon saya sakan berbunyi-bunyi sebab berbalas sms. Bukan bersembang apa sangat pun, selalunya setakat bertanya khabar dan Kak Dina beri pesanan barang-barang untuk saya bawa bila saya datang melawatnya.

Tadi, sebelum kami sekeluarga berangkat balik, tetiba kak Dina bertanya,

"Ma ayah, boleh tak kalau Dina tak nak simpan handphone dekat koperasi? Ramai je budak yang tak buat..."

Cepat ayahnya menjawab," Tak payahlah. Ikut je peraturan tu. Bukan susah pun. Kalau Dina nak kirim, pesan apa-apa, hari Khamis sempat lagi nak bagitau."

"Ya lah. Ikut je. Nanti kalau cikgu rampas terus handphone tu, tak bagi guna langsung lagi susah." saya sambung.

"Alaa...tapi malam-malam ada hantu..." balas Dina dengan muka berkerut-kerut.

hahaha Kesian anakku, Memang kalau dia stres/susah hati atau tiba-tiba nervous sebab ada kes histeria atau pelajar nampak hantu, dia akan sms saya.

"Alaa..kalau Dina sms mak, bukan mak boleh tolong pun!", sergah suami saya sambil ketawa.

hehehe Saya senyum je. (Dalam hati), "...memang mak tak boleh tolong, tapi skrip-skrip yang mak hantar melalui sms tulah yang bantu Kak Dina bertenang dan tidur lena sepanjang malam." Saya pandang kak Dina sambil tersenyum lagi. Alahaii anak..

"Takpelah, malam-malam kakak 'telepathy' je kat mak. Fikir yang baik-baik aje. Sebelum tidur, ayat kursi (dan surah-surah lain) jangan lupa baca.." (Dalam hati), Think of me and I'll think of you :)

Sebenarnya, saya nak berpesan panjang. Tapi sengaja saya keep it short, nanti tak semena-mena mata 'masuk habuk'. #sindrommakmak

Oh yes, kitorang ni kalau jumpa selalu, memang 'bertekak' aje. Tapi kalau tak jumpa sehari, sibuk "I love you, you love me". haha (complicated)

Dulu, masa saya di asrama, pernah juga menangis di telefon, sampai tak terkata mak saya di sebelah sana. Saya call dan kemudian, terus menangis teresak-esak. Dekat Public phone pulak tu, dulu-dulu mana ada handphone bagai. Saya pun dah tak ingat kenapa. Stres la kot :p

Yang pasti, walaupun mak saya hanya mampu mendengar dan memberi nasihat serba sikit setiap kali saya stres kerana at the end of the day, hanya saya sendiri saja yang boleh bantu diri saya, saya tetap akan call mak bila saya rasa kusut dan serabut. Sekejap pun jadilah, hilang semua 'masalah negara'. Paling tidak pun, hilang separuh. hehe

Itu saya. Dulu. Sekarang giliran anak saya dan saya cukup faham 'rasa' itu. 


Been there. Done that.

Tanpa sms dan telefon bimbit pada hari-hari biasa, sembang-sembang pada hujung minggu akan jadi lebih bermakna, insyaAllah :)

Kak Dina, don't worry. Kita telepathy je hokay :)

Sekian, enjoy your weekend!


**Baca: Cerita Budak Hostel 

15 comments:

Nooriah Abdullah said...

ala kesian kak dina kan, tkpe lama2 biasa lah tu tkde hp, sementara nk biasa ni mmg lah tapi dlm hati mak dia memang kan susah mau cakap...

syida said...

hehe betul tu knoor, alah bisa tegal biasa (bak kata orang)..hati mak ni, mmg la hati tisu..tp xpe, maknya ok je...janji leh jumpa stp mggu ;p

Puan Kutu said...

ohh tekanan!dapat bayangkan serabut kan Dina bila HP kena simpan dekat koperasi.lagi2 ada hantu bagai.hehe..

Iyalah betul jugak tu untuk kebaikan apa salahnya kan..

syida said...

haha PK, 'hantu' ada dimana2...kat rumah ni pun ada, cuma kita je x nampak & alhamdulillah 'dia' tak kacau ;p

kalo ada henfon kt sebelah,bebila stres.. senang la dia nak ngadu cecepat kat maknya ni..ni kna tggu weekend baru leh ngadu, tu yg dia frust tu :)

Jari Manis said...

jgn kata kak Dina..JM pun kalau nampak aiskrim waktu cuaca panas camni..itu dulu yg JM terkam..give me 5 Dina eheheh

telepathy katanya...tapi betul lah naluri ibu lebih dekat dengan anak2..kekadang datang perasaan yg x di sangka

Nurul Shahira said...

Kadang-kadang cerita hantu ni di exxagerate, tu yang sampai budak-budak jadi lagi takut. Hurmm. Dah pernah rasa masa sekolah dulu, Sha one of yang percaya dengan cerita-cerita tu sampai merengek-rengek dekat mak nak keluar asrama. Bila ingat balik buat malu aje T_T.

Tapi, Kak Dina sangat berani. Proud of u! :)

Dunia Zumal said...

Tetiba teringin makan aiskrim pula ^^

shogun_na said...

saya masa awal kat sekolah JB tu, simpan banyak duit syiling...sbb nak kol ma...JB Raub kan makan cepat duitnya... Sampai sanggup xmakan pagi semata-mata nak kejar Q telefon awam tu....nangis semahu2 sbb nak balik...xnak belajar kat sekolah tu...terus ma pass kan telefon pada abah...hilang nangis kena marah...sedihhhhhh #throwback

Sya Nadia said...

Untunglah bila anak rapat dgn ibu..sya dulu x merasa..x de hp, x kisah sbb mmg x de tempat luah perasaan pun..simpan sendiri je..X pun tulis dlm diari

syida said...

JM, gimme 5 jugak..geng 'hantu' aiskrim hehe

Sha,setuju gak bab 'exaggerate' tu...apapun, zaman akak dok asrama dulu, mmg seriau jugak dengan hantu2 ni..buat2 berani ajelah huhu

alhamdulillah so far kak dina masih bertahan..mudah2an terlindung dari sebarang gangguan jin dan syaitonnn..amiin!

syida said...

DZ,sila..sila pi kedai..beli aiskrim..belanja diri sendiri hehe

alahaii ina, sedih lak akk dgr bab kena marah tu...zaman2 kita dulu, duit syiling mmg 'nyawa'...mcm talian hayat gituuu huhu

Sha N, alhamdulillah..so far kak dina mmg agak rapat dengan sy..tpi kalo jumpa hari2, selalu gak 'tegang' haha
bila jauh baru nak rindu2an (konon) ;p

hainom OKje said...

Yelah zaman OKje dulu manalah ada HP ni....Tp betullah Syida HP ni mmg melekakan...bukan budak aje kita pun kadang tu terbabas haha.....

Duk asrama kalau mak bawak makanan mmg sedap sokmo kan....lagi lagi makanan faveret hihi

syida said...

mujolah zaman kita dulu xde henfon..walaupun susah sikit, tapi banyak gak hikmahnya hehe

alhamdulillah, rezeki dapat makan sedap2 kala hujung minggu :)

Mummydearie said...

Saya lagi suka Fruit Salad *_* Makan duit tub pun tak sedar :)

Oh, saya faham sangat! Samalah kita. Been there. Done that too.

Kalau dulu ada public phone aje. Itu pun kena beratur nak guna. Kalau hati tengah lara, memang resah je nak tunggu giliran dapat pegang gagang. Lagi kecewa kalau telefon rumah takda yang angkat. Dulu-dulu mana ada handphone. Basic handphone pun rasa macam ohsemnya.

Bila sedih kat asrama dan dapat dengar suara mak di telefon, memang separuh kesedihan tu terus pergi dari jiwa tau!

syida said...

zaman kita dulu, public phone u kira abis ohsem dah..hehe berjanggut beratur nak bertalipon, kann..kannn?

suara mak mak kita ni penawar..apa jenis masalah/sakit dlm dunia ni, semua leh sembuh/hilang/selesai..dengan izin Allah :)