Apr 1, 2015

Cerita Hari Sukan

Sabtu. 28 Mac 2015.

Hari Sukan di sekolah Nurhan Zarif. Walaupun Zarif tak terlibat dengan sebarang acara padang, dia terpilih untuk berbaris mewakili rumah sukannya, Rumah Rajawali (Merah).

Meriah dan Bersemangat! Thumbs up untuk semua guru dan pelajar yang bertungkus lumus membuat persiapan.

Nurhan Zarif seperti biasa, nervous tak habis-habis (walaupun acara perbarisan adalah secara berkumpulan). Hmmm..nyaris-nyaris dia tak nak hadir hari sukan sekolahnya. Mujurlah maknya excited nak tengok anak berbaris di padang. Saya pujuk-pujuk dan 'paksa' juga dia pergi sekolah. Bukan selalu, kann?

Saya hantar Zarif ke sekolah lebih awal (untuk persiapan peserta perbarisan) sebelum kami datang sekitar jam 8.15 pagi. Alhamdulillah majlis baru nak bermula. Kalau terlepas, memang mak nangis tepi padang. huhu





Sebelum perbarisan bermula..



Rumah Kuning

Rumah Merah



Saya dan suami tersenyum sengih sampai ke telinga bila nampak Zarif :)

Tengok anak berbaris pun dah rasa terharu dan bangga. 
Agaknya kalau menang acara padang, memang mak lompat bintang. hehe





Rumah Hijau





Rumah Biru




Pancaragam sekolah






Bacaan ikrar



Khemah cantik. Cuaca pun cantik :)



Selesai berbaris. Baru dapat close-up. Kreatif hasil tangan cikgu-cikgu menghias anak murid :)
Kami beredar sekitar jam 10, tak dapat tunggu sehingga semua acara sukan selesai sebab ada urusan dengan Abil pula. Lewat petang, kami lihat update hari sukan di facebook sekolah. Memang tak rugi Zarif hadir dan terlibat acara perbarisan tahun ini, Rumah Merah (Rajawali) dapat jadi Johan Perbarisan. Yeayy Alhamdulillah!




Acara sukan hari Sabtu. Zarif hanya terima pingatnya pada hari Isnin. Sesampai saja dia di rumah, terus dia serahkan pingatnya pada saya.

"Thank you adik, bagi mak pingat.."

"Eh, apa pulak..adik punyalah!" (erkk kedekut la pulak)

"Yelah, pingat adik, pingat mak juga.."

"Bukanlah, adik punya!" dengan penuh perasaan.

(Dalam hati) Apa-apalah Zarif. Jadi 'Johan' atau tidak, dapat medal atau tidak, tengok awak berbaris pun dah cukup puas hati. Kembang kuncup hidung hati mak, tengok dari jauh. hehe

Sekarang, pingat itu ada saya gantungkan di pintu bilik saya. Pingat saya. hehehe


**psst, teringat zaman kecik-kecik dulu, masuk acara lari pecut, tak menang pun, tapi tetap 'gumbiraa' ;p


If you carry your childhood with you, you never become older. (google)

9 comments:

Puan Kutu said...

betul tu..kita mak2 ni bangga je acarayg melibatkan anak kita.faham Sgt perasaan tu,hehe..tahniah zarif,juara lagi.kompem mak tambah bangga!

syida said...

PK, hehe tau xpe..menang kalah belakang kira..amik bahagian aje pun, mak dah rasa macam anaknya juara ;p

Dunia Zumal said...

Tahniah buat Zarif ^-^

syida said...

tq DZ! alhamdulillah :)

Jari Manis said...

Tahniah Zarif

Mummydearie said...

Kalau mak nak lompat bintang, make sure pakai seluar panjang bukan skirt labuh ya mak *_*

Tahniah, Zarif dapat medal satu! Mak tu memang kacau tau, orang berbaris bagai nak pitam, dia pulak gantung medal tu kat pintu bilik. Suka tumpang glamour. Hehehe^_^

Kalau bab anak-anak ni, buat perkara yang membanggakan walau sekecil kuman sekali, tetap kembang kuncup hati kita mak-mak nikan.

P.S. Masa nampak Zarif berbaris tu, tidak ke rasa syahdu di hati cam nak nangis je sambil kata 'Oh, dah besar anak mak nih!' ?

syida said...

hahaha MD, u mmg memahami lahh

mcm boleh baca segala isi hati & fikiran i ni tauu ;p

Nurul Shahira said...

Yey zarif, kita sama rumah merah ^^

Sebut pasal sukan, masa muda-muda dulu aktif gak bersukan. Balik-balik dari setiap acara sukan, terus bagi mak medal, hehe

syida said...

tgk profile picture sha pun, dah bole agak yg Sha biasa aktif bersukan (cewahh..)
haa..baguslahh bg mak medal, hadiah bonus utk mak tuu hehe