Mar 21, 2015

Menjelang 23 Mac


Semalam. Selepas solat Jumaat, kami keluar makan. Late lunch. Selesai lunch, kami keluar jalan-jalan di Bandar JB. Nampaknya persiapan-persiapan akhir sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Isnin ini, sedang giat dilakukan. 

Bukan selalu kami jalan-jalan di tengah bandaraya. Tapi semalam, dua kali kami ke bandar, khususnya di kawasan sekitar Danga Bay dan Istana Bukit Serene. Cantik :)

Saya 'belanja' 3-4 keping gambar. Siang dan malam. Sebelah malam lebih happening. Trafik pun sesak. Khemah, kanopi, kain rentang, bendera, pokok-pokok bunga, poster. Fuhh.

"Ma, Isnin nanti kita datang tengok ke?" tanya Dina.


"Ishh, idokk le kot..kecuali kalau nak bersesak-sesak."

Memang tidaklah rasanya. Nanti berpeluh-peluh mak dan anak-anak di celah lautan manusia. Kita tengok dari TV dan baca dari suratkhabar cukuplah. hehe





14 comments:

Emmy said...

Minggu lepas, hari rabu khamis saya ke JB atas urusan kerja.....merasa la jem sebab jalan tutup ada pesta chingay kata drebar teksi....dia kata biasanya tak jem pun dlm.pekan jb tu..ye ke?.....ms tu 'mahkota' depan pintu istana tu still under construction...
Huhu...cantik sungguh... terasa kemeriahannya.... :D

Aisy Nasiha said...

Meriahla JB menjelang hari kebesaran ni ya.. dah lupalah masa saya tinggal kat Skudai selama 3 tahun dulu tu mcm mana keadaannya.. haha.. mesti meriah gak ya.. saya je dah lupa rasanya.. wah.. lawa betul mahkota tu ....

syida said...

emmy, kalo time pesta chingay, mmg jem di jb jadi 4-5x ganda lebih teruk dari biasa...apapun, jb dah sesak macam KL gak, kurang sikittt je kot huhu

Aisy N, mahkota tu mmg yg plg gah la kt bandaraya JB skrang ni..semua berpusu2 kt area istana, nak amek gambar mahkota..

Puan Kutu said...

wah cantik mahkotanya.bertuah orang jb dapat bergambar dengan mahkota.hehe..hari KA sapa tak suka ye!org johor la untung!

syida said...

hehe PK, bergambar dgn mahkota tu 'biasa-biasa' aje..bab cuti tu yg untungg :p

hainom OKje said...

Aloooo dah duk KL ...kalau duk Johor mesti dapat cuti yek.... Tp tak pe, ambik aura dr dlm tv jerlah hihi...

Nurul Shahira said...

Rindunya dengan jb T_T.
Dulu masa study, selalu jln2 kat situ, danga bay tu dah macam tempat bersuka-ria setiap minggu, eventhough masa awal2 dulu, sunyi sepi, hehe :)

Dunia Zumal said...

Sedih tak dapat tengok siaran langsung majlis hari nie...

Mummydearie said...

Wah, bestnya! Kita yang kat KL ni pulak yang terlebih excited tau! Daulat Tuanku! Hahaha...

Tetiba rasa macam hari ni nak cuti juga sebab kat Johor cuti umumkan. Kita ni bab-bab patriotik negeri memang hebat dalam diri tau *_*

syida said...

hainom, sy ni org selangor..tp cuti punya psl, hari ni mengaku anak johor haha (ngelats)

Sha, akk rasa Danga Bay skrang rasanya dah tak se-best dulu lah...mcm dah hilang tarikan..

syida said...

DZ, sy yg cuti & ada kt rumah pun x tengok siaran langsungnya...sibuk iron baju anak dalam bilik..adoyai

MD, mu mmg johorian sejati..semangat gittew! hehe

Sya Nadia said...

Ada tgk gambar² sepanjang majlis Kat FB.. nampak.best je.. rindu jb..huhi

shogun_na said...

say ammg xsuka bersesak2...tambah2 dah tambah sekecil ini...nak gi shopping pun malas...

bukan la sbb dah ada anak2, dari zmn bujang pn mmg begitu. Ingat lg, tapak Jom Heboh amat dekat dgn rmh sewa, jalan kaki hanya mengambil masa 5minit sahaja tp....kalau dh xminat nak bersesak2 dan berpeluh2 di tgh panas, mmg xla gigih ke situ...hehehhe...biarla tgk tv di rmh shja...sejuk dan santai...

Jari Manis said...

mmg sgt meriah sambutan ni..JM pun tgk kat TV je