Apr 18, 2015

Sembang Sabtu

Entri blog terakhir sebelum yang ini, ialah pada 8hb yang lepas. Fuhh, 10 hari tanpa sebarang update. Rekod paling lama saya 'mandom' untuk tahun ini.

Sibuk ke? sibuk sikitlahh. Tak la sibuk sangat. hehe (alasan je sebenarnya)

Sebenarnya, saya masih lemah bab multitasking, kurang stamina. Buat yang ini, lupa yang itu. Sibuk yang ini, tak buat yang itu. Kalaulah boleh fokus semuanya seiring, kan bagus? hmmm..

Anyway, pagi tadi, macam biasa, rutin Sabtu saya ialah bawa anak-anak bersarapan di restoren pak mertua. Teh tarik, milo tarik, roti canai, soto nasi, kuetiow goreng. Fuhh alhamdulillah! (err...menu tiga orang ye tuu hehe)

Lepas bersarapan, saya duduk-duduk sebentar di belakang restoren. Layan Abil berlegar-legar tengok sekeliling, pantau Zarif main pasir ('fefeeling' tepi laut, sebenarnya tepi jalan hehe) dan layan anak-anak bulus jalanan.

Bercakap tentang Zarif. Kelmarin, dia terlibat dengan kursus smart leadership di sekolahnya. Tidur di sekolah. Kiranya, dia ke sekolah pada pagi Khamis, terus dengan beg pakaian, sleeping bag dan segala keperluan. Kursusnya selesai sebelum solat jumaat, semalam.

Anak 9 tahun, pergi kursus, tidur di sekolah. Risau? Saya ok je :)

Sebab, tidur dalam bangunan sekolah, bukan khemah. Ada cikgu-cikgu yang bertugas untuk memantau anak-anak yang terlibat. Makan ditanggung. Tempoh kursus pun agak pendek, lebih kurang 2hari 1malam saja. Tak sempat nak rindu-rinduan pun haha. "Satu malam je kottt.." bak kata Zarif waktu saya beritahu yang saya akan ke'boring'an sementara beliau tak ada di rumah. hehe

Bagaimanapun, macam biasa, Nurhan Zarif  agak nervous sewaktu kami packing barang-barangnya malam Rabu yang lalu. "...rasa macam sakit jantung la ma!" hahaha

"Alaaaa..rilekk je. Kawan-kawan kan ramai. Semua sama macam adik. Nanti ikut je cakap cikgu.." ujar suami saya.

"Adik risau tak boleh bangun awal pagi. Kat rumah kan adik susah sikit nak bangun..."

"Cikgu kan ada...mestilah dia kejutkan nanti.." saya cuba tenangkan beliau.

Alhamdulillah, sejak balik ke rumah tengahari semalam, 'tak cukup mulut' dia bercerita tentang pengalaman dia bermalam di sekolah hehe. Dari bab makan beramai-ramai dalam dulang, dijamu makan otak-otak waktu makan malam, tidur berdua dengan bff-nya dalam satu sleeping bag, bangun lewat untuk solat subuh dan aktiviti berkumpulan yang dilakukan,  semuanya seronok belaka!

"Adik nak tidur kat sekolah dua bulan!"

Tu diaa, sebelum pergi kursus, 'sakit jantung'. Dah habis kursus, nak sambung lagi dua bulan pulak. haha

"Lepas ni ada kursus lagi ke ma?" tanya Zarif.
"Entahlah, adik baru darjah tiga. Ada tiga tahun lagi kat sekolah (sampai darjah enam). InsyaAllah ada la kott" saya jawab.

Alhamdulillah untuk peluang mencipta kenangan yang seronok lagi menyeronokkan. Mudah-mudahan, ada lagi ruang dan peluang untuk anak-anak. Amiin :)


Saturday. It's a good day to have a good day. (google)

14 comments:

Aisy Nasiha said...

Seronokla ya Zarif dapat pergi kursus kat sekolah. Sampai nk kursus 2 bulan tu.. InsyaAllah semuanya ok, ramai cikgu yang bertugas tu..

Ada masa fokus kita ke arah perkara lain ya.. takpelah mana2 yang selesa dan membahagiakan syida..

kami pula melepak kat rumah je pagi ni sebab tunggu naim balik, naim pergi lawatan sekolah..

Nurul Shahira said...

Hehe, kelakar. Sebelum pegi takut, dah balik eksaited. Zarif-zarif. :)

Puan Kutu said...

lama betul hilang.sepuluh hari tu!

hahaha tak menahan dua bulan nak berkampung kat Sekolah..comel betul!mmg la kan best klu sesekali buat aktiviti camni.ajar anak berdikari

Nooriah Abdullah said...

patutlah kaknoor tercari2 10 hari lama tu, seminggu lebih sunyi je, selamat kembali bersua di alam maya ya..

syida said...

Aisy N, zarif mmg biasa mcm tu..memula nervous..lps tu baru nak excited/seronokk hehe

Sha, mmg lawakk..terpaksalah mak layankan aje karenahnya :p

syida said...

PK, a ah bagus program2 cenggini..pelan2 latih bebudak berdikari sejak kecik :)

knoor, meh la share tips dgn saya ni haa..baru sibuk sikit, dah offline...huhuhuhu kagum tgk knoor istiqamah produktif online & offline..

Sya Nadia said...

Aih..sebelum pergi macam nak Sakit jantung , balik terus nak pergi lagi? Alhamdulillah seronok kan tgk anak bersemangat macam ni..

Dunia Zumal said...

Zumal pun kalau ada aktiviti kat luar Perlis jadi risau pasal nak bangun pagi. Kekadang berubah tempat nie lain jadinya.

Mummydearie said...

Seronok sangat sampai nak pergi kursus dua bulan terus ya, Zarif!

Alahai, Syida! Saya ni antara emak yang tak 'rela' melepaskan anak-anak. Kalau ada kursus kena bermalam, dan tak wajib memang tak lepaslah anak saya nak berdikari. Tapi anak I kan dah kata nanti dia pergi NY, dia bawa Mommy bersama. Hahaha!

syida said...

Sya Nadia, hehe biasalah Zarif..lambat sket warm-up..alhamdulillah, dia seronok beraktiviti, maknya tumpang suka :)

DZ, kunci je alarm henfon tu..pasang bunyi yg paling kuat and setkan biar dia snooze banyak2 kali..insyaAllah bangun le nanti ;p

MD, kalo pegi NY, harusslah mommy ikut sama. kalau boleh, aunty pun nak ikut sekali..ahaks!

kucen master said...

lamanya budak sekolah rendah berkursus

http://kucenmaster.blogspot.com/

syida said...

kucen master, 2h 1m je kursusnya.yg dua bulan tu, angan2 je hehe

hainom OKje said...

Baru dia tau betapa seronoknya dpt sembang, mandi, solat ngan kawan semalaman hihi...

syida said...

hainom OKje, hahaha itula psl...dah rasa seronok, nak lagi dan lagi pulakk hehe