Aug 4, 2016

Entri keempat 2016

imej:asktheblogger.com
2016. Entri keempat.

Ogos. Baru 4 entri?! Yes.
Virus M banyak sangat. Begitulah. Ditambah faktor line internet kat rumah yg kerap sangat 'terganggu'.

Selain faktor 'tak berapa nak rajin', sejak bertukar alamat ke syahidayep.blogspot.com , blog pun jadi low profile. Sengaja saya tukarkan alamat blog. Rasa lebih selesa begini (rujuk entri: Kembali?)


One small positive blog post in the morning, can change the whole day. (google)


Apr 26, 2016

Berpagi-pagi hari Selasa



3.7km. 3729 langkah. 64 minit.

So far, beginilah rutin saya (tiga kali seminggu). Bawa anak autisme saya, si abang morning walk. Puas juga ajak dia berlari, tapi dia tak nak. Takpelah, berjalan pun ok. Terbakar juga 241 kalori pagi tadi, sebelum kami top up semula kalori baru semasa bersarapan di kedai mamak berdekatan.

Hmmm, kalori keluar, kalori masuk. Ok kot, daripada banyak yang masuk tapi tak ada yang keluar. haha

Seronok berpagi-pagi di taman. Udara nyaman, tengok pokok, tengok burung, tengok orang. haha
 
Kagum tengok abang kakak, pakcik makcik (kebanyakannya berbangsa cina) yang dah berusia tapi masih cergas berjalan mahupun berlari. Sesetengahnya gigih bertongkat atau berpimpin tangan dengan ahli keluarga. Mereka juga datang awal. Saya sampai di taman jam 7.15, baru nak warm up. Mereka sudah berpeluh-peluh bersenam dan dah berjalan atau berlari beberapa pusingan.

Paling seronok bila ada yang ramah mesra sambil senyum-senyum tegur kita. 

"Good morning!" "Selamat pagi!" 

Ada juga yang datang dengan muka masam atau 'tanpa perasaan' hehe. Masih mengantuk agaknya. Mungkin juga memang air muka mereka begitu. 


An early morning walk is a blessing for the whole day. 
Henry David Thoreau

Apr 25, 2016

Cepatlah Sihat

imej google



 
Dah hampir dua minggu, famili saya tak berapa sihat. Kami jarang sakit (Alhamdulillah). Jadi, bila diserang batuk-batuk (yang teruk), sakit tekak dan selsema, banyak rutin harian yang terjejas.

Rutin homeschool saya dan anak terjejas. Si bongsu mc tiga hari. Walaupun masih lemah dan sakit belum hilang, terpaksa juga ke sekolah dengan bekalan ubat.  Bertiga-tiga mereka batuk berjemaah (dengan encik suami) di rumah.

Saya sendiri, masih bertahan. Siang malam berkumur air garam, minum air jus lemon dan makan pil vitamin untuk kekal sihat. Dah macam paranoid. Saya paling jarang sakit antara semua. Allah tahu maknya kena sihat sebab nak jaga anak-anak dan suami. Mungkin juga kali ini, Allah nak bagi sedikit rasa sakit supaya saya lebih menghargai nikmat sihat.

Oh ya, tak lama lagi cuti hari buruh. Long weekend.

Mesti ramai yang nak balik kampung atau bercuti-cuti Malaysia. Kami bertapa kat rumah aje kot. Kalau berjalan pun, mungkin ke kedai buku atau menonton wayang (bergantung pada kesihatan).

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." 
(surah Asyu'ara, ayat 80)

Apr 23, 2016

Kembali?

kredit: google


April 2016. Kembali? Ntahlah.


Semua misi, visi tahun 2015 tinggal habuk belaka. *tutup muka*

Bukan senang nak istiqomah. 


Sempena mencari semangat baru, saya tukar imej blog. Hampir-hampir juga nak tekan butang delete blog. hehe



Sep 29, 2015

Jerebu??




Salam Selasa. Jerebu. Malas nak cek IPU. Kekadang dah terasa 'lemas' dan susah bernafas, tapi bila tengok IPU, taklah tinggi mana. Biar betul.

Apa pun, menjelang petang semalam, lepas ambil anak dari sekolah agama, sengaja saya ajak suami ronda-ronda hingga ke tepi laut. Nak tengok sejauh mana tahap jerebu. 

Dalam hati, tolonggglah sekolah cuti esok..tolongglaaah. Kalau tak diumumkan cuti, saya dah pasang niat nak 'mencutikan' sendiri anak-anak saya hehe. Jerebu maaa... Tak bagus untuk kesihatan :)

Menjelang maghrib semalam, sah diumumkan cuti untuk sekolah-sekolah di Johor dan Melaka pada hari ini (selasa). Alhamdulillahh...






So. apa aktiviti musim jerebu? Tak tahu lagi. Kami semua baru selesai minum pagi. Dapat cuti sekolah free sempena jerebu memang best. Yang tak best, bila tengok luar, nampak asap tebal dan kabus yang sangat mengganggu dan bikin sesak nafas. haihh..


Sep 11, 2015

Dulu vs Sekarang


Saya baru selesai membantu anak mencari gambar-gambar peralatan eletrik di dapur untuk tugasan subjek English-nya. Google image - copy- paste - print. Siap!

Teringat zaman saya kecik-kecik dulu, komputer memang dah wujud, tapi tak semua orang ada komputer dan printer. Kalau cikgu suruh cari gambar, memang kalutlah selak suratkhabar dan majalah-majalah lama, kemudian digunting satu persatu. Kadang-kadang, buku pun jadi mangsa. hehe

Itu dulu. Sekarang lain.


Salam Jumaat. Jom al-Kahfi


kredit: google


Sep 9, 2015

JB-KL-Ipoh



Weekend getaway.

Ke mana? Ipoh!

Minggu lepas, suami ada reunion di sekolahnya, beliau bertolak awal sehari dari kami. Saya dan anak-anak, naik tren ETS ke Ipoh. Seorang anak buah dan mak ayah saya ikut serta. Lebih kurang 2 jam 20 minit perjalanan dari KL-Ipoh. Tren yang selesa, agak sejuk, ada TV walaupun nun jauh di hujung.

Kami beli tiket tren ETS secara online. Untuk perjalanan sehala, harga tiket untuk dewasa RM33, kanak-kanak RM22. Ada diskaun untuk abang (pemegang kad oku) dan mak ayah saya (warga emas).





Di Ipoh, kami bermalam di Hotel Impiana. Tempahan dibuat melalui booking.com. Rate yang berpatutan, saiz bilik pun ok. Tak ada swimming pool, bath tub aje yang ada. hehe

Tujuan ke Ipoh untuk pengalaman menaiki tren ETS. So kami memang lebih banyak berehat-rehat di hotel, selain singgah ke Mydin Manjoi. Tak sempat nak bersesi jalan-jalan cari makan. hehe



Selepas check-out dari hotel, kami singgah ke Kellie's Castle. Untuk pengetahuan anda, saya memang dah lama teringin nak ke sini, siap masuk wishlist hehe. Oh ya, baca tentang sejarah Kellie's Castle di SINI.




Ya, ia hanya sebuah bangunan tinggal yang usang dan penuh misteri. Mistik? Yang itu anda kena datang dan lihat sendiri.

Kalau diperhatikan pada deskripsi yang ditampal pada dinding-hampir setiap ruang dan bilik di sini, memang akan ada perkataan 'roh', 'jelmaan', 'suara-suara' dan pelbagai lagi cerita. Kisah benar? Wallahua'lam.

Harga tiket masuk; dewasa RM5, kanak-kanak (3-12 thn) RM3, warga emas RM4, percuma untuk oku.






ETS ke Ipoh. Checked!
Kellie's Castle. Checked!


Aug 31, 2015

"Patriotik tu apa?"


"Ma, patriotik tu apa?"

"..semangat cinta dan sayangkan negara."

Full stop. Tiada lagi soalan.

Beberapa minggu yang lepas, seorang rakan yang sudah migrate ke US sejak usia kami belasan tahun bertanyakan tentang persiapan hari merdeka dan perasaan saya menjelang hari kemerdekaan tahun ini. Jawapan saya , persiapan macam biasa..ada perbarisan, pertunjukan bunga api dan macam-macam lagi (yang biasa dilakukan saban tahun sempena hari kebangsaan).
 

Setiap kali nyanyi lagu Negaraku, rasa syahdu masih 'menangkap' di kalbu.

May 11, 2015

Edisi 11 Mei

Tahun-tahun awal sebagai blogger, saya kerap buat entri dedikasi. Sempena hari lahir.

Sekarang, dah jarang saya menulis entri-entri begitu.




Hari ini, bangun dari tidur, semua rutin bersiap dan menyiapkan anak-anak ke sekolah berjalan seperti biasa. Kejut dan peluk anak-anak sebelum mereka bersiap ke sekolah.  

Pagi ini, sengaja saya biarkan sibongsu memeluk saya lama sedikit. Sempat saya nyanyikan lagu happy birthday untuknya sambil gelak ketawa dan dia tersengih dengan mata yang masih 80% tertutup.

"Happy. birthday. adik..." ucap si abang dengan gaya robotiknya (nada suaranya pun monotonous saja, seolah-olah tanpa perasaan. Tapi saya tahu, sebenarnya, 'penuh perasaan')

Selepas solat subuh, saya peluk si bongsu sekali lagi dan saya doakan beliau. Moga Allah makbulkan :)

Mata masuk habuk ;p

Syukur untuk 9 tahun yang Allah pinjamkan bersama si bongsu. Alhamdulillah


Don't wait for the perfect moment. Take the moment and make it perfect.


May 7, 2015

Cerita Tentang Cookies

Semalam, saya dan suami menyiapkan lebih kurang 50 mini pek cookies (party pack) untuk sambutan hari lahir kelas kanak-kanak pendidikan khas di sekolah anak.  Hampir 4 jam juga baru siap, dari mem-baking sehinggalah kepada membungkus dan men-deko.

Penat tapi seronok. Berpeluh-peluh tapi puas hati. Sebab semuanya kami buat sendiri dan kosnya, jauh lebih menjimatkan daripada party pack yang diisi dengan 'jajan-jajan' yang pelbagai. Semuanya homemade.

Semasa melihat saya dan suami menyiapkan party pack untuk kawan-kawan si abang, si bongsu mencelah;

"Adik punya nanti, jangan lupa tau! Nak yang macam ni jugak..." sambil tersengih.

Tengok-tengok kalendar pagi ni, tinggal beberapa hari je lagi nak ke 11 haribulan.  Ok dik, don't worry, esok lusa mak ayah membiskut lagi insyaAllah.





Age is just the number of years, 
the world has been enjoying you.
 (pinterest.com)




May 1, 2015

Melawat Petrosains


Dua hari lepas, anak saya dan kawan-kawan dari pusat terapi-nya melawat Petrosains. Di sini, Petrosains-nya ala-ala saiz mini saja Boleh baca sini: Jom Petrosains

Kebetulan, lokasi Petrosains ni betul-betul di sebelah sekolah agama si adik. Jadi, saya hantar anak untuk bersama-sama cikgu dan kawan-kawannya. Kemudian, saya tunggu di situ sehingga adiknya habis sesi di sekolah agama.




 
Seronok tengok pengisian yang diberikan oleh staf Petrosains pada anak-anak ini. 

Sambil-sambil tunggu anak beraktiviti di Petrosains, sempat saya mendaftar jadi ahli Perpustakaan awam (di bangunan yang sama). Alhamdulillah, akhirnya dah ada kad library sendiri. Entah kenapa, rasa teruja pulak jadi ahli perpustakaan awam. hehe





Apr 30, 2015

Drama Pagi Khamis

imej google

Pagi ni. Ada urusan di pejabat pos. Saya bawa anak bersama sebab dia tak ke sekolah. Cuti hari buruh diawalkan sehari. hehe

Sampai di pejabat pos sekitar jam 8.45. Masih lengang. Saya ambil nombor dan duduk tunggu giliran.

Sampai giliran saya, urusan pengeluaran wang pun dibuat. Seterusnya, saya nak beli setem dari kaunter yang sama. Malangnya, cik kaunter kata, kena ke kaunter setem juga untuk beli setem. Alahai

Kami pun beredar, tekan nombor giliran sekali lagi. Nampaknya ada 4-5 nombor sebelum sampai giliran kami. Lambat sedikit berbanding nombor giliran yang kami ambil untuk urusan pertama tadi.

Kali ni, kami menunggu sambil berdiri saja.

"Jom..jom.." anak dah mula bersuara.

"Kejap ya. Ma beli setem kejap. Sekejap je.." saya beritahu perlahan.

Tak sampai 5minit, dia mula bersuara lagi. Kali ni, nampak dahinya dah mula berkerut, Dia dah mula hentak kaki sekali dua. Ok. Not good.

"
Sabar ya. Tunggu beli setem. Kejap je..." saya cuba pujuk anak sambil usap-usap belakangnya.

Tak sampai seminit lepas saya pujuk, dia angkat kaki dan hantukkan kepalanya ke lutut. Allah...

Tiga empat orang di depan saya, menoleh. Saya abaikan saja. Sambil terus usap-usap tengkuk dan belakangnya.

Mungkin expectation beliau, pergi pejabat pos. Selesai di kaunter, terus balik. Malangnya, terpaksa pergi dua kaunter, ambil dua nombor dan terpaksa menunggu lebih lama. Dia kusut. Sedikit frust. Tak pandai luahkan emosinya secara verbal. Maka, itulah reaksi dan tindakannya.

Bukan kali pertama jadi begitu. Tapi dah lama juga tak 'berdrama' macam tu. Dugaan..

Apa pun, saya cuba rileks. Setakat orang toleh dan tengok sesaat dua tu, boleh lagi diabaikan. Tapi dalam hati sarat berdoa, janganlah Abil menjerit di situ. Budak 12 tahun, menangis keterlaluan sambil meronta-ronta, not a good sight.

"Ya Lathiff..ya Lathiff..."

Selepas dua tiga kali anak menghentak kaki dan menghantuk kepala ke lututnya, tiba-tiba seorang kakak (yang nombor gilirannya lebih awal daripada saya) menyapa saya, "Adik, pergilah dulu, ambil giliran akak..."

Mungkin dia faham dan kesian dengan kami. Alhamdulillah. Allah mudahkan.

Tak sampai lima minit, tiba giliran kakak tadi. Dia signal suruh saya ke depan dan urusan saya selesai tak sampai lima minit. Lega.

Sebelum balik, saya pandang kakak tadi dan angguk kepala, tanda terima kasih.

Tak sempat tanya nama kakak tu tadi, jumpa pun beberapa minit saja tadi. Saya doakan  semoga semua urusan beliau dipermudahkan Allah. Amiin.

Moralnya, bila-bila anda (termasuk saya sendiri) berdepan dengan situasi begini, tak salah kalau kita beri ruang dan peluang untuk memudahkan urusan individu yang berkenaan. Bantuan kecil saja, tapi sangat bermakna.

OK. Back to happy mode.

Apr 23, 2015

Lajunya

imej google


Malam tadi,


"Esok dah hari Khamis?" skrip si adik masa beliau sedang sibuk mengemas buku-buku sekolahnya mengikut jadual.

"Yelahh, dah Khamis..."

"Laaaajuuuunya!" katanya lagi.

"Kann? Minggu lepas, waktu ni, ma tengah dok packing barang-barang adik nak 'camping' kat sekolah...kejap je dah seminggu, rasa macam baru je lagi."

Fuhh, memang laju. Masa yang beredar dengan cepat, tanda-tanda akhir zaman.

Pagi ini, (di dalam kereta)

"Hari ni hari apa?" soalan rutin saya untuk si abang setiap pagi.

Diam.

"Hari ni hari apa abang?" individu autisme memang selalunya 'pause' sebentar sebelum menjawab sebarang soalan atau memberi respon kepada anda. Jadi, kena bersabar dan beri mereka sedikit masa.

"....." seperti suara berbisik-bisik.

"Hari apa?" saya ulang soalan. Masih bernada lembut, tak boleh main 'terjah'. Nanti dia langsung tak mau jawab. Tak pun, dia akan frust dan langsung jadi moody. Macam kita gak la kan, pagi-pagi dah kena 'petir', haruslahh marah. hehe

"Khamis..." jawabnya, sayup-sayup je suaranya.

"Yeayyy, betul!" nyaris saya nak lompat bintang sambil memandu. haha

Kebetulan saya berhenti di traffic light, terus saya hulurkan sebelah tangan untuk 'hi-5' dengan beliau di belakang. Berseri-seri muka. Senyum. Sengihh.

"Sukanya mak!" komen adik di sebelah saya.

Ehh, mestilah suka. Hari-hari soalan "hari ni hari apa?" tu ditanya. Dalam 10 kali ditanya, yang dijawab dengan betul, adalah 2-3 kali kot. Jawapan kegemaran si abang; "Hari Selasa." Entah kenapa dengan hari Selasa. Memang hari favourite-nya agaknya. Untuk beliau, setiap hari adalah hari Selasa. haha

Parents who have children with special-needs, 
are always thankful for progress, not perfection. (pinterest)


Apr 18, 2015

Sembang Sabtu



Pagi tadi, macam biasa, rutin Sabtu saya ialah bawa anak-anak bersarapan di restoren pak mertua. Teh tarik, milo tarik, roti canai, soto nasi, kuetiow goreng. Alhamdulillah. (err...menu tiga orang ye tuu)

Lepas bersarapan, saya duduk-duduk sebentar di belakang restoren. Layan anak berlegar-legar tengok sekeliling, pantau si bongsu main pasir ('fefeeling' tepi laut, sebenarnya tepi jalan hehe) dan layan anak-anak bulus jalanan.

Kelmarin, si adik ni terlibat dengan kursus smart leadership di sekolahnya. Tidur di sekolah. 

Anak 9 tahun, pergi kursus, tidur di sekolah. Risau? Saya ok je insyaAllah.

Sebab, tidur dalam bangunan sekolah, bukan khemah. Ada cikgu-cikgu yang bertugas untuk memantau anak-anak yang terlibat. Makan ditanggung. Tempoh kursus pun agak pendek, 2hari 1malam. 

"Satu malam je kottt.." beritahu si anak pada saya bila saya sebut "..boringlah bila adik tak de kat rumah.."

Bagaimanapun, macam biasa, beliau agak nervous sewaktu kami packing barang-barangnya malam Rabu yang lalu. "...rasa macam sakit jantung la ma!" hahaha

"Alaaaa..rilekk je. Kawan-kawan kan ramai. Semua sama macam adik. Nanti ikut je cakap cikgu.." ujar suami saya.

"Adik risau tak boleh bangun awal pagi. Kat rumah kan adik susah sikit nak bangun..."

"Cikgu kan ada...mestilah dia kejutkan nanti.." saya cuba tenangkan beliau.

Alhamdulillah, sejak balik ke rumah tengahari semalam, 'tak cukup mulut' dia bercerita tentang pengalaman dia bermalam di sekolah hehe. Dari bab makan beramai-ramai dalam dulang, dijamu makan otak-otak waktu makan malam, tidur berdua dengan bff-nya dalam satu sleeping bag, bangun lewat untuk solat subuh dan aktiviti berkumpulan yang dilakukan,  semuanya seronok belaka!

"Adik nak tidur kat sekolah dua bulan!"

Tu diaa, sebelum pergi kursus, 'sakit jantung'. Dah habis kursus, nak sambung lagi dua bulan pulak. haha

"Lepas ni ada kursus lagi ke ma?" tanya beliau.

"Entahlah, adik baru darjah tiga. Ada tiga tahun lagi kat sekolah (sampai darjah enam). InsyaAllah ada la kott" saya jawab.

Alhamdulillah untuk peluang mencipta kenangan yang seronok lagi menyeronokkan.


Saturday. It's a good day to have a good day. (google)

Apr 8, 2015

Oh! Teluk Cempedak

Gambar-gambar semasa kami ke Kuantan tempohari. #throwback

Dulu, semasa saya bersekolah di Kuantan, paling tidak pun, setahun sekali saya ke pantai Teluk Cempedak. Kali terakhir saya ke sini ialah semasa anak sulung berumur sekitar 6-7 bulan, lebih kurang 12-13 tahun yang lalu.

Anak-anak saya suka laut. Tapi kunjungan ke TC yang lalu, kami datang bersiar-siar saja. Jalan-jalan, makan aiskrim, ambil gambar, tengok gelagat manusia, rakam aksi monyet! 

Terkejut saya tengok monyet-monyet di TC. Memang meriah mereka berkampung di situ. 









Seingat saya, pantai TC dulu, tak se-happening sekarang. Macam-macam ada di TC. Boleh rasa suasana tepi laut, pasar malam, mini karnival, semua dalam satu :)

Kami sekeluarga sebenarnya tak berapa gemar tempat yang sesak dengan manusia. Tapi semasa menuju ke TC, saya tak sangka ia sudah 10x lebih meriah berbanding dulu.  Kali ini, kami just join the crowd




Beredar dari TC, kami makan malam di restoren Nasi Lemak Tree Under.

Kami makan nasi kukus dan ayam goreng berempah.
Maaf tak ada gambar juadah, menu dan yang sewaktu dengannya.
Yang ada cuma gambar anak dara saya yang bosan menunggu makanan tak sampai-sampai. hehe




Apr 7, 2015

Dulu Lain, Sekarang Lain.




Dulu lain, sekarang lain.

Baru-baru ni, cikgu kelas si bongsu membuka whatsapp group untuk ibubapa anak-anak muridnya. Selain berkongsi info/pertanyaan, group tersebut 'meriah' dengan gambar aktiviti anak-anak di sekolah.

Balik dari sekolah, hampir setiap hari anak saya akan tanya, apa cikgunya beritahu di whatsapp hari ni? ada gambar tak? dan macam-macam soalan lagi..

"Cikgu kata, kalau nakal-nakal, nanti cikgu ambil gambar, letak kat whatsapp!" katanya.

Untunglahh. haha

Zaman dulu, takda teknologi telefon bimbit, whatsapp bagai. Sekarang dah maju. hehe InsyaAllah lebih senang nak pantau dan ambil tahu hal persekolahan anak-anak.

Whatsapp juga jadi sumber info aktiviti si abang di sekolah. Kelmarin, beliau ikut rombonga bermain bowling. Terima kasih untuk cikgu dan para PPM (pembantu pengurusan murid) yang gigih membawa anak-anak kelas Pendidikan khas ke sesi terapi bowling. Walaupun semua balingannya 'masuk longkang', yang penting happy :)


No matter how much you think you hate school, 
 you'll always miss it when you leave. 
(instagram)


Apr 3, 2015

Oh Biru!




#throwback

2 April 2015. 
Hari Kesedaran Autisma Sedunia.


Khamis yang biru. 
Birunya Khamis!

Semalam, saya beritahu si bongsu, bulan April ni, saya mahu kerap pakai baju warna biru. "Kenapa?" "..sebab April ialah Autism Awareness Month. 2hb April pula ialah Hari Kesedaran Autisme." saya jawab.

"Laa...patutnya cutilahh!" katanya. haha

Well, kata-kata tu kan satu 'doa'. Secara tak sengaja, 'doa' beliau untuk bercuti hari ni dimakbulkan hehe. Semalam, dia jatuh di sekolah. Kakinya terseliuh, buku lalinya bengkak. Langsung saya rehatkan beliau di rumah. 

Adik berehat di rumah sebab sakit kaki. Abang sambut hari Autisme dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu di pusat terapi.

Oh ya, terima kasih dan tahniah juga untuk ikim.fm atas usaha meningkatkan kesedaran tentang autisme melalui siaran diskusi pagi mereka. 




Apr 1, 2015

Cerita Hari Sukan

Sabtu. 28 Mac 2015.

Hari Sukan di sekolah si bongsu. Walaupun beliau tak terlibat dengan sebarang acara padang, dia terpilih untuk berbaris mewakili rumah sukannya, Rumah Rajawali (Merah).

Meriah dan Bersemangat.

Seperti biasa, beliau nervous tak habis-habis (walaupun acara perbarisan adalah secara berkumpulan). Hmmm..nyaris-nyaris dia tak nak hadir hari sukan sekolahnya. Mujurlah maknya excited nak tengok anak berbaris di padang. Saya pujuk-pujuk dan 'paksa' juga dia pergi sekolah. 

Saya hantar beliau ke sekolah lebih awal (untuk persiapan peserta perbarisan) sebelum kami datang semula sekitar jam 8.15 pagi. Alhamdulillah majlis baru nak bermula. Kalau terlepas, memang mak nangis tepi padang. huhu





Sebelum perbarisan bermula..






Tengok anak berbaris pun dah rasa terharu dan bangga. 
Agaknya kalau menang acara padang, memang mak lompat bintang. hehe














Selesai berbaris. Baru dapat close-up. Kreatif hasil tangan cikgu-cikgu menghias anak murid 

Kami beredar sekitar jam 10, tak  tunggu sehingga semua acara sukan selesai sebab ada urusan dengan si abang pula. Lewat petang, kami lihat update hari sukan di facebook sekolah. Rumah Merah (Rajawali) dapat jadi Johan Perbarisan. Alhamdulillah!




Acara sukan hari Sabtu. Si bongsu hanya terima pingatnya pada hari Isnin. Sesampai saja dia di rumah, terus dia tunjuk pingatnya pada saya.

"Thank you adik, bagi mak pingat.."

"Eh, apa pulak..adik punyalah!" 

"Yelah, pingat adik, pingat mak juga.."

"Bukanlah, adik punya!" dengan penuh perasaan.
 
Apa-apalah Nak... Jadi 'Johan' atau tidak, dapat medal atau tidak, tengok awak berbaris pun dah cukup puas hati. Kembang kuncup hidung hati mak, tengok dari jauh. hehe


If you carry your childhood with you,
 you never become older. (google)